div id='header-inner'>

Pewangi Kereta Paling Jimat dan Selamat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pewangi Kereta Paling Jimat dan Selamat! | Dah berapa lama kami tak beli pewangi kereta... Bukan tak nak beli tapi cepat sangat habisnya.... Tak sesuai betul guna pewangi kereta dengan cuaca di Malaysia ni... Waktu musim hujan ok la... Tapi kalau musim panas... Dalam 2 minggu dah kering.... 

Tapi .. akhirnya kami jumpa pewangi kereta paling jimat dan pasti selamat untuk jangka masa panjang.. tak membahayakan kesihatan... 

Iaitu daun pandan... 

Pewangi Kereta Paling Jimat dan Selamat!

Belajar dari jiran sebelah rumah... Kami tanam pandan tapi dia selalu ambil untuk letak dalam kereta... Sebab dah pesan.. kalau nak ambil... Ambil aje tak tau nak minta... 

Jadi teringatkan pandan tu macam nak mati je... Ambillah daunnya ikat dengan getah dan selit dalam kereta... 

Mmmmmm... Memang wangi... Bertambah wangi bila daun tu mula kering... Paling lama seminggu lebih juga tahan baunya... Ok la kan... Sebab tanam sendiri pokok ni... Jadi jimat banyak kat situ... 

Kami tanam pokok pandan dalam pasu ja... Rumah kami rumah taman ... Takde tanah... Alhamdulillah.. hidup membiak subur... 

Baru-baru ni ambil lagi benih dekat sekolah.. bawa balik tanam lagi... Lepas dah membiak boleh la lagi letak dalam kereta... Jadilah pewangi kereta yang paling jimat dan selamat... 

Catat Komen

0 Ulasan