بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
MINTA CERAI KERANA SUAMI POLIGAMI | Poligami satu perkataan yang amat sensitif bagi wanita... Jangan sesekali buat bergurau dengan wanita bab ni... hahaha...
Tapi bagi wanita yang faham agama, dan suami yang faham agama poligami ni satu yang indah dan banyak hikmahnya... kerana itu hukum poligami ni disebut dalam al-Quran.
Namun begitu... kena ingatkan diri sendiri juga.. bahawa suami kita anugerah Allah, tapi bukan milik mutlak kita.. Jadi, bila-bila sahaja Allah ambil balik atau Allah anugerahkan ia kepada orang lain juga untuk berkongsi...
Apa pun... Bagi yang dah berpoligami memang sukar nak terima kenyataan kan... Tapi indahnya poligami bagi isteri yang redha... sebab ada je isteri yang memang pinangkan madu nya untuk suami sendiri...
Tapi bagi yang diuji dengan suami berpoligami senyap dan tanpa redha... Mesti satu tamparan hebat bagi kita kan... DAn sememangnya wanita, bila ada masalah mula nak minta cerai.. Persoalannya, boleh kah kita minta cerai atas alasan suami berpoligami?
1. Adalah haram bagi isteri meminta cerai semata-mata kerana suaminya berpoligami jika suaminya adil dan melaksanakan segala kewajipannya sebagai suami terhadap isteri-isteri dan anak-anaknya. Jika isteri mendesak juga secara berterusan sehingga suami terpaksa memenuhi permintaan isteri supaya menceraikannya, maka talak jatuh dan sah, tetapi isteri berdosa kerana meminta cerai tanpa alasan yang munasabah.
2. Meminta cerai atas alasan tidak rela berkongsi suami bukanlah alasan bersifat syarie. Ternyata alasan itu tidak munasabah.
3. Isteri yang tidak berpuas hati dengan tindakan suaminya berpoligami lalu bertindak mengabaikan tanggungjawab dan kewajipannya sebagai isteri seperti tidak melayan seks suami, tidak mempedulikan perintah suami, bersuara kasar dengan suami dan menghasut anak-anak membenci bapa mereka adalah isteri yang nusyuz dan derhaka. Selama mana dia kekal dalam nusyuz, suami tidak wajib memberi nafkah kepadanya.
4. Jika isteri tidak mendapat keadilan daripada suami kerana suami berat sebelah kepada isteri yang satu lagi, maka isteri tersebut boleh meminta cerai kerana alasannya munasabah. Suami pula wajar menceraikan isteri yang tidak mendapat keadilan daripadanya. Keadilan yang dimaksudkan ialah hak giliran bermalam dan saraan nafkah.
5. Walaupun tidak mendapat keadilan adalah alasan munasabah yang membolehkan isteri meminta cerai, tetapi bersabar menghadapi situasi tersebut dan tidak meminta cerai adalah lebih baik untuk menyelamatkan rumah tangga dan memikirkan masa depan anak-anak dengan harapan suami dapat berubah sikap dan kembali bertanggung jawab terhadap isteri-isterinya dengan seadil-adilnya.
6. Jika tiada harapan lagi bagi suami yang tidak adil itu untuk berubah, maka isteri yang tidak mendapat keadilan itu bolehkah meneruskan hasratnya meminta cerai. Semoga selepas perceraian, dia dapat menemui kebahagiaan yang dicari seperti mendapat suami baru yang bertanggung jawab. Jika tidak berkahwin pun, sekurang-kurangnya dia tidak terganggu lagi dengan emosi dan memendam rasa terhadap seorang lelaki yang bergelar suami yang tidak adil.
(Catatan Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar)
Tak tau nak komen macam mana sebab bukan kita alami.. dan mohon dijauhkan diuji dengan ujian berpoligami... Banyakkan lakukan amalan bersama dalam rumahtangga setiap hari untuk jadikan dia pasangan yang setia dan sejati hingga akhir hayat.
Just reading the entry pon dah rasa lain macam diri ini. Kalau boleh, minta dijauhkan daripada diduakan, sebab I know tahap mana diri sendiri boleh terima. Kalau terjadi pon belum tentu saya redha atau tidak. Nauzubillahi min zalik... Allah Lebih Mengetahui.
BalasPadamminta di jauh....
BalasPadamsbb kalu akak, mungkin akak tak akan ikhlas menerima yg kedua...
Ye lah, isteri je la kena bersabar. Lelaki tak payah, tak payah tahan nafsu, tak payah tundukkan pandangan. Dok laungkan sunnah! sunnah. Pada hal pada masa sekarang, berapa ramai anak2 dan isteri2 menderita kerana poligami oleh suami bodoh. Hakikatnya sekarang ramai yang tak layak pun berpoligami
BalasPadamYe lah, isteri je la kena bersabar. Lelaki tak payah, tak payah tahan nafsu, tak payah tundukkan pandangan. Dok laungkan sunnah! sunnah. Pada hal pada masa sekarang, berapa ramai anak2 dan isteri2 menderita kerana poligami oleh suami bodoh. Hakikatnya sekarang ramai yang tak layak pun berpoligami
BalasPadam