GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

SAYA SOLAT WALAUPUN TAK TUTUP AURAT

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


BIAR AURAT TERBUKA, ASALKAN SOLAT TERJAGA?

Soalan : Saya beranggapan bahawa apa guna bertudung TETAPI tidak ikhlas? 
Bukankah itu dinamakan MUNAFIK?
Saya tidak mahu hipokrit dan berubah kerana DISURUH.



Jawapan : Allah swt mengarahkan agar Muslimah bukan hanya untuk BERTUDUNG, tetapi juga MENUTUP AURAT.

Sama ada seseorang itu IKHLAS atau tidak, SUKA atau tidak, disuruh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, DIA TETAP WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajipan itu.

CONTOH - Seorang warganegara Malaysia yang TIDAK BERHEMAH menetap di United Kingdom (UK), terpaksa menukar cara pemanduannya kerana jika di sana sesiapa sahaja yang memandu secara kurang berhemah pasti akan ditegur oleh pemandu lain. Mereka akan segera mencatat nombor plat kereta dan melaporkan pada polis.

Hakikatnya, dia perlu berubah kerana itu adalah PERATURAN, dan sama juga seperti MENUTUP AURAT dan BERTUDUNG yang mana ianya adalah peraturan -Syariat Islam.

PENDEK KATA; HIPOKRIT bukanlah penghalang untuk mengerjakan semua kewajipan agama sama sekali ^_^

Selamat beramal semua.

Sumber : telegram.me 

Buat lah walaupun terpaksa... 

3Ulasan

  1. beriman kepada Kitab,,, banyak ayat al Quran memberitahu spy menutup aurat... mahu atau tak nak itu adalah wajib dan suruhan Allah... doa yg terbaik pd semuanya... InsyaaAllah sampai masa Allah berikan petunjuk dan hidayah...

    BalasPadam
  2. Betul!
    Aurat dan solat dua perkara yg dituntut. Tak kira ianya paksa atau tidak ia adalah syariat yg wajib. Tak buat tu ingkar namanya.

    BalasPadam
  3. Manusia merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik ...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ