بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَنْ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا ثُمَّ لَمْ يَدْخُلْ الْجَنَّةَ
Dari Abu Hurairah dia berkata; Nabi SAW bersabda: "Dia celaka! Dia celaka! Dia celaka!" lalu baginda ditanya; "Siapakah yang celaka, ya Rasulullah?" Jawab Nabi SAW: "Barang Siapa yang mendapati kedua orang tuanya (dalam usia lanjut), atau salah satu dari keduanya, tetapi dia tidak berusaha masuk syurga (dengan berusaha berbakti kepadanya dengan sebaik-baiknya)." (HR Muslim No: 4628) Status: Sahih
Sumber: google images |
Pengajaran:
1. Jangan jadikan kita orang yang celaka
2. Orang yang celaka dimurkai Allah dan menyediakan dirinya ke neraka
3. Orang yang celaka adalah mereka yang masih ada ibu atau bapa yang sudah tua tapi tidak berusaha berbakti kepada mereka.
4. Celakalah anak-anak yang tidak sanggup menjaga kedua ibu bapa lalu menghantar kerumah orang tua. Dibiarkan orang tua tanpa diziarahi.
5. Bagi yang ada ibu atau bapa yang sudah tua, rebutlah peluang berbakti dan berbuat baik kepada mereka dengan segala daya upaya.
Hindarkan diri dari tergolong orang yang celaka.
Hargai ibu bapa selagi adanya mereka... MF anak yang merantau jauh dari ibu bapa... tapi andai ada ruang peluang, MF akan balik kampung dan korbankan keinginan nak bercuti ke tempat best-best... Sebab inilah ruang dan peluang yang ada selagi mereka masih ada..
Apa pun... jangan pernah untuk doakan ibu bapa kita... kerana besar pahala dan ganjarannya... kerana anak yang soleh/solehah penolong ibu bapa di akhirat sana... kerana itu juga.. masa anak kecil ni layan dia sebaiknya...kerana itu juga penentu nasib kita pabila kita dah tua...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ