GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

FENOMENA MANJA DALAM MENUNTUT ILMU

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Kadang-kadang ada di antara kita yang terlalu 'MANJA' dalam menuntut ilmu. Sedangkan susah payah dan PENGORBANAN dalam menghadiri majlis ilmu adalah satu faktor besar bagi keberkatan ilmu. Cuba fikirkan :

a. Ada orang yang bila seseorang 'alim, ustaz atau guru hadir berceramah di suatu tempat yang bukan berdekatan mereka. Mereka MINTA GURU datang mengajar di tempat mereka.

b. Bila buat di tempat mereka, mereka MINTA GURU mengajar buat pada waktu mereka cuti.

c. Bila buat waktu mereka cuti, mereka ada program lain lalu MINTA GURU yang mengajar upload ceramah ke youtube.

d. Bila dah upload ke youtube, mereka komen kenapa panjang sangat, MINTA GURU buat pendek-pendek agar tidak letih menonton.

e. Bila ada soalan mereka send ke email, sms, whatsapp, inbox facebook guru lalu MINTA GURU jawab dengan segera.

f. Bila guru lambat balas, mereka hentam GURU sebagai sombong, berlagak selebriti. Lalu MINTA guru bertaubat.

g. Bila guru membalas ringkas dan pendek serta padat, mereka anggap GURU tak hikmah dalam berbahasa kerana kelihatan kasar tanpa pendahuluan.

h. Bila semua ini dinyatakan, akan ada yang MINTA GURU bersabar..nasihatkan gurui bahawa itu asam garam dalam dakwah. Sedangkan mereka sendiri lupa untuk SABAR hadapi susah payah hadiri ke majlis ilmu guru terbabit.

Adakah begini kesungguhan dan cara sebahagian kita dalam mempelajari ilmu agama untuk diri, kebaikan di alam barzakh dan akhirat? Sedang ia perkara serius yang patut setara keutamaannya seperti keluar bekerja mencari nafqah dan gaji. malah patut LEBIH SERIUS lagi. 

'Manja' dalam mencari ilmu akan hanya bertemu dengan penghayatan ilmu yang LEMBIK, LESU, LUARAN HEBAT DALAM KOSONG dan kurang mampu diamalkan juga.

- Buat Muhasabah Diri & Yang Sudi 

Sumber: #DrZaharuddinAbdRahman

BETUL APA YANG DR ZAHARUDDIN KATAKAN... MANJA DAN BERKIRA NAK CARI ILMU... NAK KONGSI ILMU PUN BERKIRA JUGA.... BAHKAN ORANG YANG KONGSI ILMU PULA DIKATA... ITULAH LUMRAH MANUSIA AKHIR ZAMAN... 

3Ulasan

  1. baru saya faham manja camana... bila baca tajuk ingatkan manja dengan Allah... hehe... erm... cam tu la sis, semua nak kena suap msk dlm mulut... hukhuk... byk yg xkena dan merungut, nak senang saja...

    BalasPadam
  2. Kadang-kadang bila diperhatikan ustaz,ustazah,,guru-guru macam tidak ada nilai..sedangkan kita perlu hormati mereka kerana kita nak ilmu daripada mereka..nak keberkatan ilmu itu..

    BalasPadam
  3. Zaman sains dan teknologi ni kadang memberi impak yang negatif. menjadikan orang malas nak bergerak pergi menuntut ilmu. kalau boleh semua nak buat online

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ