GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Resepi: Ikan Siakap Sambal Mangga!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Resepi semalam... ikan Siakap biasanya orang buat masak stim atau Siakap tiga rasa.. tapi kali ni MF ubah sikit resepi jadikan sambal mangga... boleh tahan rasanya... bertambah suami makan... tak susah masaknya... 

Bahan-bahan:
  • Ikan Siakap
  • Bawang putih (potong dadu)
  • Bawang merah/bawang besar (potong dadu)
  • Cili giling
  • Mangga (potong dadu)
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Air asam jawa
  • Gula dan garam sebagai perasa
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis


Cara memasaknya:
  • Basuh ikan Siakap bersih, letak garam kunyit dan goreng garing... selepas goreng, ketepikan dulu.


Untuk masak sos mangga:
  • Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang dipotong dadu hingga garing dan naik bau. 
  • Masukkan cili giling dan sedikit air. tujuan masukkan air ialah untuk pastikan cili tu betul-betul supaya, bila cili betul-betul masak barulah makan tak sakit perut dan sambal tak mudah basi.
  • Dah mendidih dalam 2 minit, masukkan sos tiram, sos cili dan air asam jawa. Kacau rata dan biarkan lagi dalam 2 minit... 
  • Kemudian masukkan gula dan garam... pastu baru masukkan mangga... 
  • Kacau rata dan biarkan dalam 5 minit... kalau agak kering sambalnya boleh masukkan sedikit air suam. 
  • Dah sebati, boleh tuangkan sos mangga tadi di atas ikan Siakap yang telah digoreng tadi.. 

Siap untuk dihidang. 

Simple masakan ni.. tak lama pun nak masaknya... campak-campak je siap... 

3Ulasan

  1. Terliur pulak rasanya dan nampak sedap.. =)

    BalasPadam
  2. wow... sedapnya sis... lain dari yg lain...

    BalasPadam
  3. Huihhhh la mangga akak! makan nasi panas-panas tuuu...diam tak tgk org kiri kanan..hahahaha

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ