GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

MINYAK HERBA ASMAK PENAWAR ASMA DAN BATUK YANG BERKESAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

MINYAK HERBA ASMAK PENAWAR ASMA DAN BATUK YANG BERKESAN
MINYAK HERBA ASMAK PENAWAR ASMA DAN BATUK YANG BERKESAN
Asma, satu penyakit yang boleh membawa maut sebenarnya... Nenek MF meninggal dunia disebabkan asma... dan MF sendiri penghidap asma dari kecil... Bayangkan hampir 30 tahun hidup MF alami sakit ni... pasti ada yang kata, tak kan tak berubat kot... haha... bukan mudah... bukan mudah... asma ni boleh dirawat atau dilegakan tapi nak sembuh sepenuhnya bukan mudah.

Sakit asma ni bermula dari batuk, dan batuk pula berpunca dari pelbagai sebab... MF kena berjaga-jaga dan berpantang betul supaya tak batuk... tapi dalam dok berjaga-jaga kena juga... Seperti awal tahun 2016 dulu, MF kena asma teruk sebab terkena habuk kapur... ambil masa seminggu nak sembuh... kena la makan ubat... dan ambil ubat pelega asma... Inhaler adalah sahabat karib MF, ke mana sahaja memang tersedia dalam handbag... itulah hakikat pesakit asma.

Walaupun begitu, syukur anak-anak tak de asma... tapi kalau batuk tu ada dan lama sangat nak sembuh.. terapi, ubatan moden dan tradisional kami ikhtiarkan untuk legakan batuk.. selain tu kena sekat apa yang tak boleh dimakan seperti makanan manis, berminyak bahkan susu tepung pun kena kawal.. tapi kesian la kat anak bukan reti pun nak berpantang ni kan.. Jadinya, memang susah nak lega..

Namun, masalah yang melanda MF dan keluarga ni dapat diatasi setelah MF diperkenalkan dengan satu minyak angin... minyak angin la kata orang kampung... tapi nama moden ialah Minyak Herba Asmak...
MINYAK HERBA ASMAK PENAWAR ASMA DAN BATUK YANG BERKESAN
MINYAK HERBA ASMAK PENAWAR ASMA DAN BATUK YANG BERKESAN

Minyak Herba Asmak... mungkin ramai dah tahu... tapi tak mungkin yang tahu sejauh mana keberkesanannya... Jadi, MF berpeluang guna sendiri minyak ni.. kerana anak MF masih ada sisa batuk terutama waktu sejuk... MF sendiri pun kadang ada sisa asma pabila bangun pagi.. Orang asma ni sensitif dengan cuaca tau... tak boleh terlalu sejuk dan tak boleh terlalu panas. Pun nak kena pantang... orang yang pernah kena asma dia tahu camne nak kena asma.. antara tanda awal rasa perit tekak dan tekak rasa berlendir... itu paling awal tanda nak kena asma... tanda ni selalu MF alami masa bangun tidur...  nak tahu lebih lanjut boleh rujuk video ni.. 5 tanda awal penyakit asma.



Cara Guna Minyak Herba Asmak

Minyak Herba Asmak ni MF cuba sendiri sapu kepada anak-anak... Mudah nak guna, cuma tebuk penutup kecil dan terus boleh sapu kepada anak-anak... MF sapu di belakang badan dan dada anak-anak ikut arah lawan jam sambil selawat... ye la kan.. kita ikhtiar, yang nak sembuhkan Allah dengan izin Dia juga. Malam pertama MF cuba, nampak keberkesanannya... anak boleh tidur lena sampai pagi... takde dengar batuk dan nafas berkahak lagi... 

MF sendiri pun guna juga... MF cuba sapu pada dada sebelum tidur... Alhamdulillah.. dengan izin Allah, rasa lapang sikit dada...kurang berkahak dan lendir pada tekak pabila bangun pagi... Alhamdulillah.. dalam hati kata, "uhh...cepat juga keberkesanan minyak angin ni." Anak MF yang kedua selesema, MF sapu pula pada belakang betis dan tapak kaki... selain tu, sapu dan urut nipis pada batang hidung...

MINYAK HERBA ASMAK PENAWAR ASMA DAN BATUK YANG BERKESAN
MINYAK HERBA ASMAK PENAWAR ASMA DAN BATUK YANG BERKESAN

Tapi tu la nak lagi berkesan kena guna secara konsisten terutama kalau batuk anak-anak tu teruk kan... selain kena jaga pemakanan dan pantau aktiviti anak-anak dan kena pastikan persekitaran bersih tak berhabuk. 

Memang bagus la Minyak Herba Asmak ni.. Baunya seakan minyak gamat tapi dua kali bau macam ubat batuk pun ada... tapi tak busuk.. bau gamat je lebih sikit... sebab bila sedut bau minyak ni, seolah-olah penafasan kita tu terbuka... tu yang bagusnya.. Jadi, MF memang recommend la satu keluarga ada satu Minyak Herba Asmak... senang diguna dan dibawa ke mana sahaja pada waktu-waktu kecemasan yang diperlukan.

MINYAK HERBA ASMAK PENAWAR ASMA DAN BATUK YANG BERKESAN
MINYAK HERBA ASMAK PENAWAR ASMA DAN BATUK YANG BERKESAN

Info tentang Minyak Herba Asmak: 
  • Diperbuat dari bahan semulajadi seperti pati gamat, habbatussauda, minyak kelapa dara dan minyak zaitun.
  • Minyak Herba Asmak berangin dan ianya mengikut piawaian yang ditetapkan serta selamat digunakan walaupun kepada bayi.
  • Minyak Herba Asmak bukan sahaja berkesan untuk asma, semput, lelah, batuk, kahak, selsema, gigitan serangga, luka, terkena api tetapi juga berkesan untuk sakit perut, bengkak, lenguh, buasir, sembelit, senggugut, membantu melancarkan darah, sakit kepala, migrain, resdung, sakit gigi, strok dan ulser.
  • Harga minyak Asmak adalah RM39 .Harga ini telah ditetapkan pada semua pengedar. Jika ada yang menjual minyak ini dengan harga yang berbeza dikuatiri produk tersebut bukan lah produk  keluaran Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd. Jadi, hati-hati sebab ada produk tiruan. Dapatkan dari pengedar yang sah dan ada ID. 

MINYAK HERBA ASMAK PENAWAR ASMA DAN BATUK YANG BERKESAN
MINYAK HERBA ASMAK PENAWAR ASMA DAN BATUK YANG BERKESAN

Bagi pembeli Minyak Herba Asmak, akan dapat satu tabung comel dari kotak Minyak Herba Asmak.
MF suka dengan kotak Minyak Herba Asmak ni yang boleh juga digunakan semula sebagai tabung. Kreatif. Cara ni menggalakkan kita semua untuk menjaga alam sekitar juga sebab dapat recycle kotak jadikan tabung. Kalau beli Minyak Herba Asmak, jangan lupa simpan kotaknya ye, buat tabung.

Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen,boleh ke link di bawah atau hubungi terus  : 

Hotline HQ : 019 - 970 8897
Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/

Website Minyak Herba Asmak :
http://penawarasma.com.my

Instagram Minyak Herba Asmak : @mham.sdnbhd

Facebook Page :

Penawar Asma Mujarab
https://www.facebook.com/penawarasma/

Minyak Herba Asmak HQ
https://www.facebook.com/minyakherbaasmamujarabsdnbhd/

6Ulasan

  1. Perkongsian yang amat baiik sekali..
    Boleh cuba nanti..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    BalasPadam
  2. waa.. bestnye.. sekarang nih musim hujan kan.. memang parent kena aware dan simpan stok minyak ni.. hee~ saya pun nak carik jap jap lagik..

    BalasPadam
  3. kat sekolah mmg kami pakat ramai2 beli, alhamdulillah mujarab...

    BalasPadam
  4. unni pun ada join contest ni tapi tak de idea lagi nk post.. hihihii..

    BalasPadam
  5. alhamdulillah, saya pun baru guna minyak ni utk anak2 saya...alhammdillah, mlm tidurnya selesa, tiada batuk2.

    BalasPadam
  6. baguslah ada video informasi pasal penyakit Asma tu .

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ