بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
📚 At-Tazkirah
Rasulullah SAW. bersabda : “Orang yang berhijrah adalah yang meninggalkan keburukan, sedangkan orang yang berjihad adalah yang berjuang melawan hawa nafsunya.”
Ketahuilah bahawa ketika engkau bermaksiat sesungguhnya engkau melakukan maksiat tersebut dengan anggota badanmu padahal ia merupakan nikmat dan amanah Allah yang diberikan kepadamu.
Mempergunakan nikmat Allah dalam bermaksiat kepada-Nya adalah puncak kekufuran.
Dan berkhianat terhadap amanah yang dititipkan Allah kepadamu betul-betul merupakan perbuatan yang melampaui batas.
[Bidayatul Hidayah - Imam Al Ghazali]

Sebenarnya ramai sangat buat maksiat hati dalam tak sedar... nauzubillah... Allah bagi rezeki dan nikmat tapi hanya ucapan syukur di bibir tapi digunakan nikmat tu ke arah kemaksiatan.
Maksiat bukannya faham kita...iaitu berduaan lelaki dan perempuan yang bukan mahram... tapi maksiat ni segala apa yang Allah tak suka... itulah maksuat...
moga dihindari dari segala jenis maksiat
BalasPadam