GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

INI RAHSIA NAK POPULAR DAN MURAH REZEKI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Rezeki Luas dan Meninggalkan Nama Yang Baik Selepas Kematian

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Dari Anas bin Malik radliallahu 'anhu berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW  bersabda: "Siapa yang ingin diluaskan rezekinya atau meninggalkan nama sebagai orang baik setelah kematiannya hendaklah dia menyambung silaturrahim". (HR Bukhari No: 1925) Status: Sahih

INI RAHSIA NAK POPULAR DAN MURAH REZEKI!

Pengajaran:

1.  Setiap kita sentiasa mengharap sesuatu yang baik sama ada semasa hidup mahupun selepas mati.

2.  Siapa yang ingin diluaskan rezekinya semasa hidup serta  meninggalkan nama sebagai orang baik setelah kematiannya hendaklah dia menyambung silaturrahim.

Ayuh hubungkan silaturahim. Moga rezeki kita murah dan kematian kita meninggalkan kebaikan.

Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram

Ustaz kata.... maksud sambung silaturahim kat sini bukannya sekadar bertegur dengan orang yang kita kenal... tapi ialah kembali sambung silaturahim kepada yang pernah menjadi musuh kita...

Fuhhh... rasa mencabar betul bila ustaz kata gitu... nak jaga silaturahim dengan orang yang kita tak kenal pun susah... apatah lagi yang pernah bermusuh kan... 

5Ulasan

  1. baca mmg nmpk mudah tp nk laksanakan...aduyaiii

    BalasPadam
  2. emm...bagus perkongsian ni
    macamana kita nak satukan hubungan dua saudara yang berenggang akibat salah faham?

    BalasPadam
  3. terima kasih atas perkongsian...org skg hubungan silaturahim dah x berapa nak jaga

    BalasPadam
  4. Ada ketikanya kita bersungguh menjaga silaturahim namun menyedihkan ada yang sengaja mencipta kekeruhan..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ