GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

CARA POTONG BAWANG MEMPENGARUHI KEENAKAN MASAKAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

MF suka layan program masakan... antara yang suka sangat layan , kalau dulu Chef Wan... kalau buat kek dan kuih Chef Ismail... tapi sekarang ni suka tengok cara Chef Ammar... 

Sebenarnya, bukan belajar resepi je... tapi teknik memasak tu yang penting.. sebab kesedapan makanan tu bergantung kepada teknik memasak... Resepi yang sama tapi rasa yang berlainan kerana masing-masing ada teknik memasak yang lain. 

Salah satu yang MF perhatikan... bila memasak.. kebanyakan chef suka potong bawang cara potong dadu... MF tak tahu kenapa... pada awalnya hanya sekadar tengok.. kemudian MF cuba praktikkan potong bawang bentuk dadu.. terutama bawang merah atau bawang besar untuk menumis. 



Ini kaedah ni, kalau waktu MF malas nak menumbuk la ni.. Bawang besar atau bawang merah potong dadu dan bawang putih pula MF ketuk dulu kemudian baru racikkan halus-halus.. 

Rupanya, memang mempengaruhi walaupun sekadar cara potong bawang dalam masakan kita... memang rasa lain.. masak tumis sayur air pun boleh rasa lain sedap dia tu... 

Baru MF tahu kenapa chef suka guna teknik potong dadu tu kalau nak tumis bawang... dan satu lagi teknik... panaskan minyak menumis, jangan terlalu panas.. dan tumis hingga naik bau sahaja bukan sehingga garing.. ini teknik dan petua MF banyak belajar dari rancangan masakan. 

Selain tu, kalau Chef Ammar dia selalu pesan apa... amalkan zikir dan selawat ketika memasak... ikhlas memasak dari hati dan dari iman.. insha Allah masakan kita jadi sedap.. walaupun sekadar telur dadar je.. 

Kalau nak rasa kelainan boleh la mencuba.. 

2Ulasan

  1. Chef Ammar memg best.. LeYa pun suka tengok

    BalasPadam
  2. Betul la Cikgu MF...PC pernah cuba juga...mungkin bila potong dadu jus bawang tu lebih banyak keluar semasa ditumis berbanding hirisan biasa...apa pun ikut kesesuaian jenis masakkan..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ