GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

KAU TUNGGU!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


JIKA NIKMAT NIKMATNYA TELAH MELALAIKAN KITA.

Firmah Allah SWT :

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ.
[Surat At-Tawbah 24]

Terjemahan :
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."


Sumber: google images

Amaran Allah dalam surah at-Taubah ayat 24 ini kepada orang yang Allah telah berikan nikmat yang banyak kepadanya, tetapi Dia terus lalai daripada mengingati Allah... 

Contoh nikmat yang Allah beri ialah:
- keluarga yang bahagia
- perniagaan yang berjaya
- rumah dan harta yang banyak

Jika perkara diatas buatkan kita leka... maka Alla warning kita... Tunggulah!!! Allah akan datangkan azab yang dasyat kepada kita  nanti... Allah tak kan beri petunjuk kepada orang yang derhaka kepada dia... 

Jadi, dalam mencari harta perlu satu kita doa... iaitu moga Allah tetapkan hati kita dalam kesyukuran dan jauhkan kita dari kekufuran!... 

0Ulasan