GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

JAUHI BERSAHABAT DENGAN ORANG YANG BURUK PERANGAINYA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bersahabat Dengan Orang Soleh


أَبُو بُرْدَةَ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ وَكِيرِ الْحَدَّادِ لَا يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً

Abu Burdah bin 'Abdullah berkata; Aku mendengar Abu Burdah bin Abu Musa dari bapaknya radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang yang bergaul dengan orang soleh dan orang yang bergaul dengan orang jahat seperti penjual minyak wangi dan tukang besi. Pasti engkau memperolehi bau yang wangi dari penjual minyak wangi sama ada kamu membeli minyak wanginya atau tidak, sedangkan dari tukang besi akan terasa bahang membakar badanmu atau kainmu, atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak enak".(HR Bukhari No: 1959)

Pengajaran:

1.  Bersahabatlah dengan orang soleh dan jauhi orang yang buruk perangainya.

2.  Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang yang soleh seperti berada disisi penjual minyak wangi, walaupun tidak membeli namun bau wangi tetap diperolehi.

3.  Sahabat yang soleh akan mendorong untuk menguatkan iman dan terus istiqamah kerana kita akan terpengaruh dengan kelakuan baiknya serta bersemangat untuk beramal.

4.  Perumpamaan orang yang berkawan dengan orang yang jahat dan buruk perangai, seolah-olah dia berada di sisi pembakar besi. Walaupun dia tidak membakarnya, namun bahang panas tetap dirasai walaupun dah keluar dari tempat pembakaran besi.

JOM pastikan kita bersahabat dengan orang yang solleh dan tidak bersahabat dengan orang yang jahat.

sumber: telegram.me/hadisharian_ikram

3Ulasan

  1. PILIH KAWAN2 BAIK DEMI KEBAIKAN DUNIA AKHIRAT

    BalasPadam
  2. Pilihan itu di tangan kita sendiri sebenarnya. Kita boleh pilih kawan yang bagaimana yang kita mahukan - yang elok perangai atau sebaliknya.

    Tapi orang yang buruk perangai ni kalau semua nak menjauhi kasihan juga. Takda pula nanti kawan yang dapat membantunya pulang ke jalan yang benar...

    BalasPadam
  3. berkawan kena pandai pilih yg mana bgs yg mana baik. kdg pengaruh kwn ni kuat jugak. huuhu

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ