GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Rancangan Ceria i-Star di Astro Cungkil Bakat Kanak-kanak Cilik!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semalam selepas layan drama Samudera Rindu kat TV9 terus cari rancangan best untuk dilayan... Ada rancangan kanak-kanak iaitu rancangan realiti untuk Cungkil Bakat Kanak-kanak versi Islamik. 

Memula tengok best juga... Dapat tengok kanak-kanak ni bercerita, berpidato dan menyanyi... Berdakwah dan semua bakat unik dan Islamik. Kalau menyanyi pun lagu nasyid dan berunsur ketuhanan... Pakaian pun mesti menutup aurat... Sejuk mata memandang... Berbanding rancangan realiti tv yang melalaikan... 

Memula ingatkan macam rancangan Adik-adikku yang dianjurkan oleh RTM tu.. tapi yang ni lain.. tak terhad kepada bercerita dan pidato sahaja... Apa sahaja bakat luar biasa dan unik anak-anak boleh masuk rancangan ni. 

Rancangan Ceria i-Star di Astro Cungkil Bakat Kanak-kanak Cilik!
Sumber: mStar


Pendakwah popular, Ustaz Zul bertindak selaku penasihat Ceria I-Star di mana beliau akan memastikan kandungan baik dari segi persembahan juga keseluruhan pelaksanaan Ceria I-Star mengikut landasan agama yang betul. Rancangan ini diacarakan oleh Nabil Ahmad dan ditemani Ustaz Yeop. Imam Muda Asyraf dan ahli motivasi terkenal, Amin Idris dipilih menduduki kerusi Juri Tetap sambil ditemani seorang lagi selebriti jemputan sebagai juri undangan pada setiap minggu. Macam semalam untuk episod pertama Izzue Islam jadi juri jemputan. 

Ceria I-Star akan bersiaran selama 6 episod beserta episod pengenalan di mana kesemua 10 peserta perlu bersaing dan menghadapi penyingkiran di akhir episod. Aksi-aksi terbaik akan layak ke pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung pada November depan. Peringkat akhir akan disiarkan secara langsung khas untuk penonton-penonton di rumah.

Juara Ceria I-Star bakal membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM 15,000.00 beserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai sebanyak RM 10,000.00 beserta trofi. Tempat ketiga bakal meraih wang tunai RM 5,000.00 dan juga trofi. Manakala pemenang tempat keempat pula akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 1,000.00 beserta trofi.

Ceria I-Star ditaja oleh Qu Puteh dan episod pertama Ceria I-Star bersiaran 14 Oktober 2016 iaitu semalam bermula jam 9.00 malam hanya di saluran 611, Astro Ceria dan saluran 135, Maya HD. Tapi semalam tengok kat Astro Oasis je..saluran 106. 

Tapi, peserta bukan dari Malaysia sahaja, Indonesia dan Brunei pun ada... Umur kanak-kanak pula tak terhad sekolah rendah saja... Tingkatan 1 pun ada juga semalam... 

Seronok la juga tengok... Terutama bila bercerita dan pidato... Eloklah bagi anak tengok.. sambil tengok bagi semangat untuk dia boleh jadi macam tu juga... 

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ