GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

INILAH 10 PERKARA YANG BERLAKU DI DUNIA INTERNET DALAM MASA 1 MINIT!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Internet, dunia tanpa sempadan... Sejak bila anda kenal internet??? MF kenal internet masa umur 19 tahun iaitu semasa berada di tingkatan 6 atas. Tu pun sebab nak buat kerja kursus dan itulah juga pertama kali MF ke Cyber Cafe untuk guna internet. Namun tak sangka juga, MF kini pengguna tegar internet tapi takdelah ketagih sampai tak tentu arah kalau tak dapat internet kan. Masih boleh hidup lagi tanpa internet. Dan tak sangka juga MF jumpa jodoh pun melalui internet. Itulah serba sedikit fakta MF dan internet.

Jom kita lihat beberapa fakta menarik pasal internet, dan apa yang berlaku di dunia maya dalam masa 1 minit!



Berikut adalah berlaku di internet dalam tempoh setiap 60 saat atau pun 1 minit. 
  1. 204.000.000 email dikirim setiap 60 saat
  2. Setiap 60 saat, 4.000.000 orang melakukan pencarian di mesin pencari Google.
  3. Pengguna Facebook mengeluarkan 2.460.000 content setiap 60 saat.
  4. Pengguna WhatsApp berkongsi 347.222 gambar setiap 60 saat.
  5. 277.000 tweet ditweet setiap 60 saat.
  6. Ada 216.000 gambar yang dimuatnaik ke Instagram dalam waktu 60 saat.
  7. Laman perdagangan online multinasional, Amazon.com menghasilkan pendapatan sebanyak $83.000 hanya dalam waktu 60 saat.
  8. Pengguna Apple memuatnaik 48.000 aplikasi setiap 60 saat.
  9. Dalam 60 saat, pengguna Skype saling terhubung bersamaan dengan 23.300 jam.
  10. Setiap 60 saat, pengguna YouTube memuatnaik video yang jika dikira secara keseluruhan memiliki durasi 72 jam.
Sumber: Sinar FM

Sebab itulah dunia internet disebut dunia tanpa sempadan... berjuta orang guna internet seluruh dunia... ini rekod dalam seminit.. bayangkan kalau sehari camne.. kira sendiri...

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ