TERKEJUT TERIMA BERITA HOSPITAL SULTANAH AMINAH TERBAKAR!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Selesai makan tengahari terkejut bila suami cakap wad ICU Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru terbakar... relax lagi...

Dah siap kerja rumah, buka whatsapp.. dapat berita yang sama... kemudian buka Facebook dah ramai yang Share rupanya... betullah Hospital Sultanah Aminah terbakar...

Satu perasaan terkejut,  takut, seram dan sedih semua aada... sebabnya sebulan lebih yang lepas...MF bersalinkan anak ketiga di Hospital tu...




Takziah kepada keluarga mangsa... 

Tak dapat nak bayang jika MF yang berada di situ waktu tu.. nauzubillah... 

Tapi tulah... dikatakan akibat lintar pintas... memang ada kemungkinan juga berlaku... sebab MF sendiri dok wad kelas 3 masa tu lihat... sedih tengok... kipas dah berkarat..wayar pun wayar lama... 

Lagi satu sikap pesakit dan pelawat juga... dah ditulis amaran supaya tak cas telefon pada soket di dalam wad.. cas juga... MF pjn hanya bergantung pada power bank je masa tu untuk cas telefon... 

Apa pun.. harapan musibah sebegini membuka mata pihak kerajaan supaya selenggara hospital secara berkala... sebab setiap musibah Allah beri tu mesti ada pengajarannya. 


1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. masa nak jadi kita tak taw..esk kita masa tgh bawa keta pun boleh berlaku juga..harus terima qada dan qadar dari allah swt jer la انا لله وانا اليه راجعون

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama