Drama Samudera Rindu Berakhir Dengan Babak Penuh Air Mata

Maria Firdz
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah... Semalam tamat sudah drma bersiri TV9, Samudera Rindu.

Setelah puas mengikuti drama tu, semalam memang la tak lepas peluang ikuti episod akhir drama tu...

Memang penuh emosi layan drama tu.. tambahan klimaks drama tu buatkan kami geram dengan watak Athirah... Serius geram... Laki ku tengok dengan penuh emosi tau...

Drama Samudera Rindu Berakhir Dengan Babak Penuh Air Mata


Akhirnya kesabaran suami Nadia dibalas dengan kebahagiaan... Dia kembali semula dalam hidupnya... Manakala anaknya Athirah insaf dengan perbuatan derhaka kerana tidak mengaku ibu kandungnya dan dapat balasan daripada Allah. Kakinya lumpuh... Namun kesetiaan dan keikhlasan cinta, Izaril tetap memperisterikan Athirah kerana Athirah pun dah berubah.

Banyak sangat moral dan pengajaran tentang cerita tu..
Tapi yang nak dikisahkan ialah tentang masalah penyakit meroyan yang dihadapi oleh wanita selepas bersalin.

Jangan buat main-main dengan penyakit tu... Suami berperanan penting untuk memahami Isteri Selepas bersalin... Jangan biarkan isteri hadapi tekanan selepas bersalin.

Tapi drama ni memang mengundang pelbagai emosi MF yang menonton drama tu.. tambahan lagu tema pun memainkan peranan untuk jadikan drama lagi menarik.

Tahniah Suhan Movies keluarkan drama berkualiti sebegini... Semua watak memang nampak hidup... Drama begini yang sepatutnya suami isteri kena layan... Boleh dijadikan drama keluarga... Ajak anak-anak yang meningkat remaja tu tonton... Sambil layan, sambil ibu bapa ceritakan moralnya... Ini juga satu homeschooling anak-anak remaja yang mudah...selain eratkan hubungan kekeluargaan.

Bagi yang terlepas tonton drama ni boleh tengok kat tonton.my ada rasanya. Tapi memang tak rugi layan drama nih... Penuh keinsafan dan pengajaran serta ilmu serta pengajaran untuk mendidik anak perempuan. 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !