GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

10 CIRI LELAKI BERKUALITI IMPIAN SETIAP WANITA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lelaki semakin sikit... dah sikit nak cari yang berkualiti semakin sukar. Kenapa pentingnya lelaki berkualiti??? Supaya dia dapat membimbing wanita ke arah jalan yang benar. Kalau wanita ramai tapi lelaki sikit... sebab tu ada hikmah Allah haruskan poligami.. opss... bukan nak citer bab tu.. sensitif kot tu.. hehe... cuma nak kongsi.. inilah 10 ciri lelaki berkualiti menjadi idaman para wanita masa kini... 



1. Jaga Solat.
Lelaki yang mendahulukan dan mengutamakan solat dalam kehidupan. Terutamanya solat 5 waktu dan terbaik adalah secara berjemaah terutamanya Suboh dan lain-lain waktu. Masjid sentiasa menjadi rumah keduanya. Boleh menjadi makmum yang baik dan imam yang bagus.

2. Sentiasa jaga solat-solat sunat
Lelaki yang melakukan solat-solat sunat seperti tahajud, dhuha dan solat sunat sebelum atau selepas solat fardhu.

3. Cintakan dan suka dalami ilmu agama.
Lelaki yang memahami hukum-hakam perkara Fardhu Ain, Tauhid, Hal Ehwal Ibadat serta Menjaga Adab. Ilmu ni penting dalam kehidupan... 

4. Jaga Adab
Lelaki yang menjaga sahsiah diri serta adab di dalam urusan seharian serta perhubungan dengan orang sekeliling serta pandai menghormati orang lain terutamanya yang lebih tua dan menyayangi yang lebih muda. Anak yang soleh.

5. Berdikari
Lelaki yang independent, seorang yang rajin berusaha, komited dalam melakukan sesuatu. Pandai cari duit dan simpan duit samada melalui kerja atau berniaga. Mempunyai pendidikan agama yang baik serta pendidikan dalam pelajaran adalah satu kelebihan.

6. Suka kongsikan rezeki dengan infaqkan hartanya.
Lelaki yang berzakat samada pendapatan atau perniagaan. Dan suka bersedekah.

7. Mampu memimpin
Lelaki yang boleh menjadi pemimpin, imam dalam solat berjemaah dan baik bacaannya serta bagus amalannya. Buat apa yang Allah swt suka dan jauhi apa yang Allah swt tidak suka seperti merokok.

8. Cintakan al-Quran
Lelaki yang boleh membaca Al-Quran serta hidup dengan Al-Quran.

9. Bertanggungjawab
Lelaki yang bertanggungjawab dalam setiap perkara yang dilakukannya. Bukan sekadar hidup tetapi hidup memberi manfaat kepada ramai orang lain. Bukan sekadar hidup tetapi memberikan kehidupan!

10. Mudah memahami dan bertolak ansur
Lelaki yang boleh memahami orang sekeliling dan boleh bertolak ansur. Dia boleh menjadi pendengar yang baik serta menyokong usaha orang sekeliling bila diperlukan.

Sebenarnya wanita ni tak pentingkan sangat rupa... apa guna rupa dan badan sado tapi punyai sifat buruk dan paling penting tak reti nak faham wanita... Jadi, 10 ciri ni penting dan jika ada rupa tu kira satu bonus yang akan menjadikan seseorang tu rebutan ramai wanita. Jadi, tak hairanlah jika ada lelaki yang punyai ciri ini walaupun laki orang, orang tu sanggup berebut kan... Jadi, kalau rasa pasangan anda ada ciri-ciri ni... mohon sorok sikit... hehe... takut nanti kena goda.. 

5Ulasan

  1. Kah kah kah yes kena sorok sbb ciri2 mcm ni yg wanita nak

    BalasPadam
  2. 10 ciri tu klau 5 pun dah memadai kalau ada 1 dah ok jgn x ada lansung

    BalasPadam
  3. Wah perkongsian menarik ni Maria..tq sharing

    BalasPadam
  4. yer ke impian setiap wanita..? hahaha..
    impian wanita solehah maybe...

    sbb perempuan skrg banyaknya mana pandang semua tu.. hmm...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ