GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Dia Akan Potong Kamu, Jika Kamu Tak Potong Dia!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Nasihat yang Terbaik dari orang paling kaya di China.

Jack Ma
Pengasas Alibaba

Jack Ma berkata, 
"Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu.

Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap.

Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang.

Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud.

Bila jualan langsung/penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun.

Bila smartphone guna 4G (akses internet tanpa talian) diperkenalkan kepada dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.

Bila Wechat dan whatsapp (mesej teks /suara/video bergerak) dibangunkan, mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.

Jangan kita tuduh "siapa ambil bisnes siapa." Ia hanyalah disebabkan orang lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Ada org bertanya kepada Jack Ma, 
"Apakah Rahsia kejayaan kamu" Dia berkata "Sangat mudah...Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati."

Ingatlah dunia berubah setiap hari. Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan. Kamu Tuai apa yang kamu semai dan Bagaimana Anda Guna MASA yang Ada.

Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang Berjaya, kamu menjadi seorang yang BERJAYA.

Kalau kamu luangkan masa untuk belajar, kamu mungkin beroleh kebijaksanaan.
Kalau kamu luangkan masa untuk membaca buku untuk majukan Diri, kamu akan beroleh Peningkatan Diri.

Kalau kamu habiskan masa untuk "minum", kamu mungkin menjadi seorang pemabuk.

Kalau kamu habiskan masa mengomplen, kamu akan menjadi seorang yang suka menyalahkan.

Kalau kamu luangkan masa untuk mencantikkan diri kamu, kamu mungkin menafikan seorang gadis yang cantik/lelaki yang handsome.

Kalau kamu luangkan masa untuk kekal sihat, kamu akan nikmati kehidupan sihat yang baik.

Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yang suka marah-marah, kamu mungkin menjadi orang yang tidak disukai orang.

Kalau kamu habiskan masa dengan keluarga, kamu akan mewujudkan kasih sayang dan perhubungan yang aman dengan orang-orang yang kamu sayangi.

Beza antara orang yang berjaya dan tidak ialah Bagaimana Pintarnya Anda Menggunakan Masa.

Sumber: Facebook

Sumber: google images


Itulah ... Masa yang berlalu tak kan berulang kembali... Tahun 1437H, tak kan berulang dah... apa amalan kita yang lepas, tak kan kita tebus kecuali perbaiki amalan supaya lebih baik dan berkualiti tahun ini... 

Pepatah Arab pernah menyebut... "Waktu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, dia akan potong kamu."

Dalam al-Quran pun ada sebut... Demi Masa, Sesungguhnya manusia dalam kerugian... kecuali orang yang berpesan-pesan kepada kebaikan, dan berpesan-pesan kepada kesabaran."

Jadi, kita nak jadi orang berjaya dan untung, jagalah masa... Tak guna pakai jam mahal, tapi masa terbuang begitu sahaja... tanpa melakukan pesanan dan kebajikan sebagai bekalan di akhirat sana.. 

3Ulasan

  1. Salam maal hijrah kak maria..
    Hurm, facepalm tiap kali mengenang bagaimana cuainya saya menguruskan masa.
    Masih banyak yg perlu belajar.

    BalasPadam
  2. kalau orang mengatakan waktu adalah uang sedangkan kita orang muslim waktu adalah pedang ... jadi gunkananlah pedang itu sebaiknya .. jgn sampai pedang itu menebas kamu

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ