Ticker

6/recent/ticker-posts

CARA LIPAT DAN SUSUN BAJU BAYI SUPAYA LEBIH KEMAS DAN JIMAT RUANG!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Mengemas baju bukan satu hobi MF, tapi bila dah bertambah anak ni, menguruskan baju anak-anak satu cabaran untuk diri sendiri sebenarnya... Sebab kena buat satu rutin suri rumah yang kita tak minta buat. Jadi, solusinya kena cari perkara yang menyeronokan supaya kita suka dan senang dengan perkara yang kita tak suka.

Jadi, tak suka semakkan mata lihat baju berselerak. Baju kecil-kecil ni mudah berselerak kalau tak kena cara lipatnya...

Jadi, mula la eksplore cara melipat baju bayi supaya tak berselerak.

Mudah sahaja rupanya... nampak cantik tersusun dan kemas...



Lipat tiga dan selit hujung baju ke bahagian dalam kat bahagian leher baju... 

Pandangan depan baju yang siap dilipat

Pandangan belakang baju yang siap dilipat

Susunan baju yang disiap dilipat. 
Nampak kemas dan tersusun. Kalau tarik pun tak berselerak. 
Cara lipat macam ni sesuai disusun dalam almari jenis laci. Kalau takde laci, boleh juga letak dalam bakul. Sebab lebih kemas. Baju yang jenis siap sepasang je MF lipat macam ni... Jenis gaun kecil boleh juga nak lipat camni kalau ada sepasang sekali dengan seluar. 

Rasa termotivasi sikit bila nampak kemas camni dan semangat nak melipat baju anak-anak. Alhamdulillah... sejak suami belikan almari besar, dan modified almari baju anak-anak perempuan, semakin termotivasi nak melipat dan mengemas baju... Kalau tak sebelum ni 2 3 minggu baru nak lipat baju.. haha... Kali ni dah lebih rajin lipat baju... 2 atau 3 hari sekali lipat baju. Kalau hari kerja seminggu sekali la... waktu hujung minggu... 

Nak motivasikan diri sendiri kena usahakan sendiri juga.. tak boleh berada ditahap yang sama kan... tambah bab baju ni masalah major rumah tangga tau... tak ramai yang lipat baju... sampaikan orang jepun cipta mesin lipat baju... cuma tak sampai ke Malaysia je lagi kot... hehe... 

MF ni memang kena usaha lah bab baju ni.. tambah anak perempuan tiga-tiga... bayangkanlah betapa banyak bajunya kan... maklumlah perempuan... baju penuh satu almari pun kata takde baju nak pakaikan.... hehe... 


Catat Komen

3 Ulasan

  1. Saya ni kalau lipat cuma kain tuala kain pelikat, kain batik atau kain buruk..heheh..baju2 , seluar semua pakai hanger je..

    BalasPadam
  2. salams maraia, akak pon praktikkan mcm cara maria tu senang. kalau travel pon sama senang nak ambik mix & match

    BalasPadam
  3. Hehehe kalau kat rumah lipat biasa jer tapi kalau nak g jalan2 lipat gini jugak bagi jimat ruang

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^