بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
DEFINISI:
Kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah. Lembam dan lembab berbeza ya... lembam ni memang bermasalah dalam pembelajaran... tapi kalau lembab ni dia boleh ikut cuma lambat buat kerja...
Ciri - ciri:
- Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.
- Pendiam / tidak aktif / tidak banyak cakap.
- Sukar menerima arahan.
- Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa.
- Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar.
- Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis.
- Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.
- Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.
- Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun
- Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah
- Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan.
- Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil.
- Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur.
- Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.
Punca:
- Baka
- Tersekat pengalaman
- Intelek yang rendah
- Masalah emosi
- Kekecewaan
- Rasa rendah diri
- Kemantangan yang lambat
- Lemah daya ingatan
- Mudah terganggu tumpuan
- Kurang rangsangan
- Faktor-faktor kesihatan
- Persekitaran
- Amalan makanan
- Kesan semasa mengandung
- Penyakit semasa pembesaran selepas lahir
- Ubat semasa mengandung
- Kemalangan
- Sosio - ekonomi.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:
- Temubual
- Merujuk kepada pegawai / pakar perubatan
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai& menyeronokkan
- Senang ke susah
- Konkrit ke abstrak
- Melibatkan seberapa banyak pancaindera
- Banyakan pengukuhan dan latihtubi
- Jauhkan dendaan yang negatif
Moga bermanfaat kepada ibu bapa dan guru untuk memastikan anak kita ada tak ciri lembam ni... Jika ada, dia tak boleh belajar dalam kelas pembelajaran bersama kanak-kanak normal lain... kalau tak nanti dia ketinggalan... Walaupun di Malaysia, ianya termasuk dalam kategori OKU, tapi janganlah ibu bapa rasa anaknya cacat.. anak itu adalah anak istimewa dan perlukan lebih perhatian dan tumpuan dari kita yang dewasa...
Moga bermanfaat kepada ibu bapa dan guru untuk memastikan anak kita ada tak ciri lembam ni... Jika ada, dia tak boleh belajar dalam kelas pembelajaran bersama kanak-kanak normal lain... kalau tak nanti dia ketinggalan... Walaupun di Malaysia, ianya termasuk dalam kategori OKU, tapi janganlah ibu bapa rasa anaknya cacat.. anak itu adalah anak istimewa dan perlukan lebih perhatian dan tumpuan dari kita yang dewasa...
Sumber: Facebook dan google images
kesian kalau jumpa dgn kanak² lembam.. huhuhu..
BalasPadamya Allah, semoga dijauhkan ujian ini drpd anak-anak saya.. bukan calang-calang parents boleh keep up dgn ujian ini, pasti mereka orang yg hebat dan sabar. teringat pula saya pada atlet paralimpik yg berjaya mengatasi kekurangan dan membanggakan ibubapa mereka, ternyata kekurangan sebegitu bukanlah halangan buat mereka kan?
BalasPadamNice info sis.. kadang perkara2 mcm ni kita kurang ambil tahu kan.. moga dijauhkan pada anak2 kita... bagi mrk yg ada anak sebegini, bertabah & bersabar lah... Allah maha mengetahui yg terbaik
BalasPadam