Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Buat Jamu Untuk Kesihatan Dalaman Wanita dan Awet Muda!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Masuk 3 series, mula fikir sesuatu untuk kekal awet muda dan kekal bertenaga luaran dan dalaman... Tambahan lepas bersalin anak ketiga memang fikirkan sesuatu... Maklumlah.. aset wanita kena jaga bebetul... WAJIB ok... supaya suami sentiasa sayang... bukan untuk orang lain, untuk suami dan untuk kesihatan diri sendiri juga... Tambahan pula MF ni cikgu kan... banyak bergerak sana sini... nak kerja, nak urus rumahtangga, nak jaga suami... jadi, memang fikirkan sesuatu untuk kesihatan dalaman dan luaran... Itulah perempuan kan... memang kena fikir... 

Jika dulu fikir nak makan supplement, tapi sekarang ni, MF fikir nak amalkan yang tradisional pula... seperti jamu...selain dari amalkan makanan sunnah dan pemakanan sihat seimbang... Tapi semua tu tak cukup juga untuk kesihatan dalaman wanita terutama bab penjagaan rahim. Bila terbaca satu perkongsian di Facebook resepi buat jamu sendiri.. teruja ok..

Jadi, atas keizinan tuan post untuk share atas kebaikan bersama .. MF nak coretkan di blog ni untuk rujukan MF dan sesiapa yang mencari resepi ni... sebab bagi MF ni resepi jamu yang paling mudah nak buat..serta bahan-bahannya mudah nak dapat.

Antara khasiat air jamu ini adalah untuk:
  • Kesihatan Dalaman wanita
  • Mengurangkan keputihan
  • Seri wanita
  • Awet muda
  • Mengeluarkan aura positif
  • Memberi tenaga dan mencantikkan luaran kita



Bahan-bahan yang diperlukan: 
  • 4 ulas kunyit saiz 2 inci (merawat luka dalaman)
  • Seulas halia saiz 2 inci (membuang angin)
  • Sebiji buah manjakani (mengetatkan bahagian dalaman wanita)
  • Sesudu asam jawa (mengempiskan perut)
  • Sedikit gula merah (saja letak gambar besar)

Semua bahan-bahan tak kisah sangat nak guna banyak mana pun sebenarnya. Cuma berhati-hati dengan manjakani sebab pahit. 



Cara membuatnya:
  1. Tumbuk kunyit dan biji manjakani serta hiris halia. Nak tumbuk halia pun boleh tetapi akan rasa tajam halia kalau tumbuk sekali. 
  2. Rebus halia, kunyit dan biji manjakani dengan dua cawan air. Tunggu sehingga mendidih. 
  3. Setelah mendidih, tambah dengan air asam jawa. Campurkan asam jawa tadi dengan dua cawan air juga. Biar sampai mendidih lagi. 
  4. Selepas mendidih sekali lagi, letak gula merah. Gula merah ini bertujuan mengurangkan rasa pahit manjakani itu. Kalau korang jenis yang suka pahit-pahit ini, tak perlu letak pun tak apa. Ini pun dibiarkan sehingga mendidih dan air kering sedikit dalam suku dari jumlah air asal. Boleh tutup api dan tunggu sehingga sejuk. 
  5. Bila sudah sejuk, dah boleh tapis dan simpan dalam bekas bertutup.


Cara Minum:
Ambil dua atau tiga sudu pati jamu ini dan dicampurkan dengan setengah cawan air suam. Minum tiga kali seminggu.

Cara Penyimpanan:
Boleh diletakkan dalam peti sejuk... Tapi kalau boleh jangan simpan sampai berbulan-bulan... Buatlah agak-agak untuk 3 kali minum dalam seminggu... supaya khasiatnya tak hilang... Sebab bahan semulajadikan...tiada bahan pengawet ni kan... kalau simpan lama-lama dalam peti pun tak bagus juga jadinya. Sukatan di atas ni, ikut tuan post akan tahan selama 1 bulan.

Amaran:
Bagi anak dara yang nak cuba ramuan jamu ni, jangan letak kunyit dan manjakani... sebab nanti mengganggu peranakan...maklumlah..rahim tak kembang lagi...ramuan ni sangat digalakkan bagi wanita yang pernah mengandung... Tapi bagi anak dara, jangan letak kunyit dan manjakani je ok.

Ramuan ni sesuai untuk ibu menyusu, dan digalakkan untuk wanita lepas bersalin.. tapi kalau nak amal selepas anak bebas jaundice la...  
Sumber: Sahira Lim

Memang menarik dan nampak sedap jamu ni berbanding yang pernah MF jumpa.. TU yang teruja gak nak mencuba... Jadi, takut hilang.. MF kongsikan kat blog ni... Terima kasih buat pemilik resepi asal iaitu Sahira Lim... Tuan post ni pun muda lagi.. dan memang nampak awet muda pun.. Jadi, itu buatkan orang teruja nak cuba juga kan.. sebab amalan dia sendirikan,,,


P/S: info ni original dari tuan post ye.. siap dari komen-komen pun MF baca satu persatu... sebab tahu dah, tak ramai yang nak baca info dari komen post asal... Jadi, entry ni MF lengkapkan cuma olah untuk lebih kefahaman bersama.

Catat Komen

7 Ulasan

  1. bagus ni sebab minum 3 kali je seminggu..Ada bidan kat rumah saya ni dia kata kalau jamu ada kunyit tak elok diamalkan selalu sebab boleh cepat monopous..eh!betul ke ejanya gitu..heheh

    BalasPadam
  2. pernah buat dulu..
    tp x pernah cuba manajkani sb x tau nak beli kat man

    BalasPadam
  3. istri saya pun sering minum jamu ditambah kunyit ni

    BalasPadam
  4. kalau dtg haid boleh minum ka tw tunggu habis haid baru minum?

    BalasPadam
  5. kalau pernah berkahwin tapi tidak pernh mengandung, boleh masukan manjakani n kunyit ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya yg mkn jamu yg lepas bersalin... Jadi tak perlu kot mkn jamu kalau tak pernah bersalin..

      Padam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^