GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Boleh Tak Puasa Ganti Hari Jumaat?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Boleh Tak Puasa Ganti Hari Jumaat? | Persoalan yang timbul bila menjelang Ramadhan. Puasa tak habis ganti lagi oii... 

Kadang kaum wanita ni bukanlah sengaja nak melambatkan ganti puasa... Tapi cabaran berpuasa dibulan tak puasa ni banyak sangat kan... Nak pula jadi ibu kan... 

MF pun macam tu juga lah kengkadang... Last minit punya penangan... 

Tapi sebaiknya dapat habiskan ganti seawal mungkin lebih bagus supaya tak kelam kabut kan. 

Bila dah masa suntuk, mula terfikir hari yang boleh puasa dan tak boleh puasa. 

Antaranya, boleh ke puasa hari Jumaat? 

Jadi persoalan ini ada beberapa penjelasan hukum yang berkaitan boleh tak puasa hari Jumaat?

Boleh Tak Puasa Ganti Hari Jumaat?

Ganti puasa hari Jumaat sahaja?

1. Apakah hukum berpuasa pada hari Jumaat sahaja atau Sabtu sahaja atau Ahad sahaja?

Jawapan:

Makruh puasa yang bukan wajib padaa hari Jumaat sahaja atau Sabtu sahaja atau Ahad sahaja. Tidak menjadi makruh jika didahului atau disambung dengan hari yang dahulu atau berikutnya.

Ia juga tidak makruh jika hari Jumaat atau Sabtu atau Ahad itu terjatuh pada hari yang ia biasa berpuasa umpamanya ia berpuas berbilang-bilang sehari puasa dan sehari berbuka (seperti puasa Nabi Daud A.S).

Demikian juga kalau hari-hari tersebut jatuh pada hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti Hari Arafah, hari yang ke sembilan Muharam dan hari yang kesepuluhnya (Asyura).

Sumber: Jabatan Mufti Perak

Puasa hari Jumaat dilanjutkan sehingga hari Sabtu

2. Ada yang mengatakan bahawa jika ingin berpuasa pada hari Jumaat, hendaklah berpuasa pada hari Khamis atau Sabtu pada minggu yang sama.

Jawapan:

Puasa sunat boleh ditunaikan mengikut cara yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W iaitu jika puasa itu dimulai padaa hari Jumaat maka hendaklah diikuti dengan berpuasa pada hari Sabtu.

Ini adalah untuk membezakan cara puasa dalam agama Islam dengan agama Yahudi.

Sumber: JAKIM

Hukumnya jika hanya berpuasa ganti pada hari Jumaat sahaja?

3. Ada yang mengatakan bahawa jika ingin berpuasa pada hari Jumaat, hendaklah berpuasa sunat pada hari Khamis atau Sabtu pada minggu yang sama. Adakah benar ianya terhad pada puasa sunat dan apakah hukumnya jika hanya berpuasa ganti pada hari Jumaat sahaja?

Jawapan:

Ya. Berpuasa ganti pada hari Jumaat sahaja tidak digalakkan kerana ia merupakan hari umat Islam memperbanyakkan dan mempelbagaikan ibadat.

Oleh itu, ada hari Jumaat dibolehkn seseorang itu berpuasa tetapi didahulukan dengan puasa pada hari Khamis dan disambung pada hari Sabtu.

Puasa sunat boleh ditunaikan mengikut cara yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W iaitu jika puasa dimulai pada hari Jumaat maka hendaklah diikuti dengan berpuasa pada hari Sabtu.

Ini adalah untuk membezakan cara berpuasa dalam agama Islam dengan agama Yahudi.

Sumber: islamgrid.gov.my

Kesimpulan

Seelok-eloknya elakkan berpuasa pada hari Jumaat tanpa didahulukan dengan hari Khamis atau disertakan dengan berpuasa pada hari Sabtu. Kalau buat direct terus seminggu tak menjadi masalah... Kalau mula hari Jumaat, esok sabtu kena puasa juga... kena tu maksudnya bukan wajib, tapi supaya hukum puasa kita tak jadi makruh... 

9Ulasan

  1. nice share cikgu...
    akak penah jgk terbaca psl soalan gini n ada sampai yg berbalah2 kata salah kata betul...

    BalasPadam
  2. alhamdulillah. terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  3. klu khamis tk puasa ,
    jumaat puasa ,sabtu tk puasa?

    BalasPadam
  4. jika puasa ganti pada hari jumaat perlu sambung esoknya sabtu bermakna kita puasa ganti dua hari, begitu?

    BalasPadam
  5. tima kaseh sharing..saya macam ni ler, kelam kabut ganti puasa bila nak masuk ramadhan. tu yg kadang tertanya eh boleh ke puasa hari jumaat..so dah baca ni baru lah jelas...

    BalasPadam
  6. Kesimpulannya boleh tetapi makruh jika puasa ganti pada hari Jumaat tanpa disertai dengan Khamis atau Sabtu.

    BalasPadam
  7. Untuk lebih afdal berpuasalah pada Isnin dan Khamis...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ