GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tutup Lampu Sebelum Tidur Itu Satu Sunnah Nabi s.a.w!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Siapa suka tidur dalam cerah atau dengan lampu terbuka??? Jika ada lepas ni kena tutup Lampu la.. pasang lampu tidur je... Rupanya, tidur dengan tutup Lampu adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w... 

Antara hadis yang berkaitan dengan tutup Lampu ketika hendak tidur, iaitu merupakan himpunan hadis Sahih al-Bukhari:

5819 - Nabi s.a.w. bersabda: "Janganlah kalian meninggalkan api (dalam keadaan menyala) di rumah kalian ketika kalian tidur."

5820 - Dari Abu Musa r.a dia berkata; "Pada suatu malam salah sebuah rumah penduduk Madinah terbakar ketika penghuninya tertidur. 
Ketika ia diceritakan kepada Nabi s.a.w., Baginda s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya api adalah musuh kamu, apabila kamu hendak tidur, maka padamkanlah api itu terlebih dahulu."

5821 -  Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tutuplah tempat air kalian, pintu rumah kalian, dan matikanlah lampu kalian, kerana binatang-binatang berbahaya bila datang dapat menarik sumbu lampu sehingga menyebabkan kebakaran yang membunuh penghuni rumah." 

Sumber: Google images


Mungkin ada yang kata, eh..zaman sekarang ni dah guna lampu.. mana de orang guna api , lilin atau pelita... Tak relevan lagi nak guna pakai hadis ni... 

Istighfarlah.. setiap pesanan dan sabda Baginda ada kebaikannya... Jangan kita terjemahkan hadis ikut kefahaman sendiri... Boleh jadi, lampu yang dibiarkan menyala ada mudaratnya.. 

Jika tak nak buat sunnah, jangan pertikaikan sunnah.. cukup dengan berdiam... Mempertikaikan sunnah nabi boleh memesongkan akidah kita.. hati-hati!!!

Apa pun.. MF memang tak boleh tidur dalam keadaan cerah benderang.. tapi bukan juga dalam gelap gelita.. MF kena tidur dalam cahaya yang samar-samar... Rasa semput dan lemas tidur dalam keadaan gelap gelita... Apa pun sesekali merasa tidur dalam gelap gelita buatkan kita terfikir... Bagaimanakah keadaan kita di alam barzakh nanti kan... 

Jadi, ajarlah dan biasakan anak-anak kita tidur dalam keadaan gelap.. bukan dalam keadaan lampu menyala.. selain menjimatkan elektrik... Pasti ada hikmah lain .. apa pun.. larangan dalam hadis ini bukan bermaksud haram... Tapi larangan ini adalah untuk kepentingan duniawi... maknanyaada hikmah dan kebaikannya dari sudut kemaslahatan duniawi. Jadi, tak berdosa buka lampu waktu tidur... tapi sebaiknya tutup lah lampu sebelum tidur... Pasti ada barakah dan manfaatnya jika kita amalkan sunnah... 

3Ulasan

  1. nad tidur tutup lmpu..mcm tu jugk fariza..klau tk tutup tkleh tido

    BalasPadam
  2. saya kalau tidur memang akan pastikan semua lampu padam, pintu bilik dgn pintu bilik air mesti tutup.. kalau dalam bilik biasanya ada lampu jalan yang masuk so, xdelah gelap gulita.. kalau x memang x lena tidur..

    BalasPadam
  3. sekurangnye kalau kain terselak, tidur terbongkang tak de la malu bila lampu ditutup.
    lgpun tak baik utk kesihatan tubuh badan sebenarnya.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ