GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Mandikan Anak Ketika Demam | Ramai Ibu Bapa Buat Kesilapan Ini

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Terbaca artikel seorang Doktor kanak-kanak... Yang berpengalaman mengenai demam anak-anak...

Sebelum ni bila anak kita demam, kita biasa mandikan dengan air sejuk atau ambil ais lapkan badan untuk sejukkan badan dan turunkan suhu dengan cepat... Rupanya...cara kita tu salah... Patutlah demam susah nak reda kan...

Jadi, MF nak kongsikan  ilmu kesihatan kanak-kanak yang ditulis oleh Dr Abdul Rahim di Facebook beliau.

ILMU KESIHATAN. Artikel 374.
" Doc Boleh tak Anak saya Mandi Ketika Demam?" 
Soalan di atas banyak di soal pesakit doc ketika doc merawat pesakit-pesakit doc di Klinik doc. Doc rasa tanggungjawap memberi penjelasan dibawah supaya insyallah anak bangsa doc PANDAI jaga anak ketika mereka DEMAM. Harap JANGAN PENGARUH orang sekeliling...tapi doc harap anda BERTINDAK dengan ada ILMU dan amal cara yg BETUL...OK!! 
1. Apa tu DEMAM? 
Demam adalah naiknya suhu badan dr suhu normal 36-37.5 Celcius....iaitu lebih 37.5 °C. Demam sebagai pertahanan badan si bayi jika ada serangan bakteri/virus. Ketika ni suhu badan naik automatik sebab si comel sedang bergusti sendiri melawan infeksi tu. Itulah kita sebagai emak bapa relax je le jika bayi tu tetap aktif bermain, minum dan makan OK. Tak perlu berinya ubat penurun panas. Biarkan saja tubuhnya bekerja secara alami. 
2. Doc senaraikan cara-cara menurunkan suhu tubuh bila DEMAM. 
A. Gunakan kain tuala kecil di basahkan dgn AIR PANAS SUAM (Tapid Sponging) lalu diletak di dahi, perut, leher, ketiak dan celah paha. Air hangat suam ni bantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori-pori dan mudahkan mengeluarkan panas dari dalam tubuh.

B.***Adalah satu KESILAPAN jika anda:
1. Menggunakan air sejuk, air AIS, atau KETUL AIS...sebab hal ni bukannya menurunkan suhu tubuh tapi MENINGKAT lagi suhu badan, kerana air yang dingin menyebabkan pembuluh darah dikulit mengecut sehingga panas yang dibawa darah ke kulit terhalang. 
2.Apa tah lagi bila DEMAM ada yang suruh mandikan anak dengan AIR SEJUK. Kesian si anak lagi mengigil serta lagi  naik demamnya. Kalau nak buat esperimen...hihihi jika kita emak ayah DEMAM....cuba pi terus MANDI AIR SEJUK......Pijak lantai bilik air pun dah mengetar...apatah lagi MANDI AIR SEJUK!! Kalau PERIOK YANG PANAS JIKA DIBASUH AKAN BERASAP...Biar periok tu sejuk dulu...baru basuhkan....bukan?? 
3. Hindari menyelimuti Si Comel yang demam atau memakaikan baju yang tebal seperti jaket atau pakaian ketat yang dapat meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yg tipis dan longgar, yang dapat menyerap peluh sehingga suhu badan Si Comel menurun ke normal. 
4.Demam paksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak...seperti peluh dan kencing. Maka rajin-rajinlah menyusu atau beri air yg banyak kepada bayi anda untuk elak dehidrasi. Lagi banyak cairan diberi maka lagi banyak cairan keluar melalui urin yang juga menolong menurunkan suhu badan yang panas!!. 
5. Kalau nak dimandikan juga bayi/kanak yang panas di BOLEHKAN! tapi air yang digunakan harus air yang hangat suam, JANGAN air SEJUK. Dengan begitu tubuh jadi segar dan nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dengan kain tuala dan terus cepat tutup badan dengan pakaian. 
6. Anak tak perlu mkn ubat jika ia demam tapi boleh main, makan minum seperti biasa. Hanya jeram jelum anggota badannya dengan air panas  suam. Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dr 38 °C. Kalau bayi/anak anda DEMAM PERPANJANGAN lebih 2 hari....dan kelihatan lesu, hilang selera mkn minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit,...ini tanda INFEKSI KUMAN/VIRUS yg tubuh bayi/kanak TAK DAPAT MELAWAN....segeralah bawa ke doktor. 
Doctor akan siasat punca panas dan infeksi tersebut. Mungkin antibiotik diperlukan
* Nasihat doc. Segera rawat DEMAM ANAK ANDA. ELAKNYA drp SAWAN PANAS 

Drp.
Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
Bayan Lepas. Penang.
04- 6444181.
Mandikan Anak Ketika Demam | Ramai Ibu Bapa Buat Kesilapan Ini

Selepas baca artikel ni, ramai juga ibu bapa yang keliru... Tapi bila baca komen-komen, dah ada yang cuba dan buat kaedah ni... Memang lebih berkesan berbanding mandikan dengan air sejuk atau ais... Bagi MF, maksud air suam tu ialah betul air suam... Tapi jika di hospital atau klinik, air paip biasa tu memadai... kalau kat hospital biasanya, ada dua jenis air kan untuk laraskan kat paip tu... MF pergi kebanyakan hospital kerajaan pun ada... tanda merah dan biru... Kalau buka paip hala ke kanan tu sejuk, ke kiri tu panas... Jadi,biasa MF buka ke kiri,untuk rasa suam-suam... 

Analogi yang diberikan oleh doktor tu juga ada logiknya... Jadi, lepas ni kita boleh ubah tradisi dan amalan ni... Kita jelum dengan tuala suam dan hangat sedikit berbanding air sejuk... Dan sememangnya mandi dengan air suam lebih menyegarkan badan berbanding mandi dengan sejuk walaupun ketika tu cuaca panas membahang. 

3Ulasan

  1. Kurang lagi ilmu parenting kita ni. Terima kasih info ni sis. Lepas ni baby kena mandi air suam-suam je. Kesian tengok dia menggigil mandi air sejuk.

    BalasPadam
  2. akak penah jgk terbaca psl tuh, suh mandikan atau tuam ngn air suam...
    n lps terbaca tuh akak mmg tuam ke mandikan ngn air suam... air kosong mmg akak akan paksa dia minum banyak2 heheheh nsb lah jgk aiyan suke minum air kosong...

    BalasPadam
  3. tp doktor KPJ Kajang akan mandikan dengan ais. Waalahualam. Bagi saya mudah je..3 hari tak kebah tengok result darah. Masih tak turun dari 39 mmg bagi ubt bontot je. Takut kene tarik pula. Ada kawan saya anak kene tarik. Panas sgt

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ