GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Terjebak Lagi Dengan Go Shop | Set Strom Color Diamond Pan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Go Shop... Siapa la yang tak kenal kan... Bagi yang ada Astro dan biasa shopping online sangat mengetahui kan... 

MF pernah ada pengalaman beli barang di Go Shop... dan pengalaman pertama tu, buatkan MF rasa insaf nak membeli di Go Shop... Tapi rupanya hanya insaf sekejap... Dapat bertahan tak tengok Go Shop sebulan dua je... Lepas tu tengok balik... 

Dah tengok, boleh pula terjebak... Yang membuatkan diri ini lebih terjebak bila mendapat pengaruh kuat dari en.somi... dia pula yang beriya-iya kan... kita ni mengikut saja... Itulah akibatnya, jika suami pun kaki shopping online... hehe... 

Dalam banyak-banyak barang, barangan dan peralatan rumah dan dapur la yang menarik minat kami... sebab jarang ada jual di kedai biasa kan... 

Memula tertarik dengan Smart Proseccor, tapi sebab harganya masih belum mampu milik.. Jadi, biarkan sahaja jadi angan-angan... 

Lepas tu tengok pula demo dapur gas... berkira-kira dan hampir membeli juga... Tapi fikir punya fikir tak jadi beli... 

Tapi, akhirnya terjebak juga selepas tengok demo tentang Strom Color Diamond Pan. Pan anti lekat dan anti calar dari Korea... 3 Pan ni dengan harga RM149 rasa macam murah pula... itulah kan... Nafsu kot kan... kebetulan pula gaji kan... 


Bila lihat demo memasak tu buatkan kami laki bini ni tertarik nak membeli... 

Kelebihannya iaitu anti karat, anti calar, anti lekat...Tengok demo memasak sayur, goreng telur tanpa minyak. Paling best boleh guna senduk besi dan tak calar... tu yang best tu... sebab kebanyakan pan kena guna senduk plastik atau kayu kan...

Memikirkan kesihatan dan nak kurangkan penggunaan minyak, tu yang tak fikir panjang nak beli... Ye la, sebelum ni nak masak sayur campur pun kena guna minyak sikit. Tapi bila ada Pan ni tak perlu letak minyak... jimat dan lebih sihat. boleh kurangkan penggunaan minyak dah lepas ni... 

Pengalaman sepatutnya buatkan serik... Tapi tidakk... Tapi ianya mengajar erti tawakal dengan rezeki Allah... Kes belian di Go Shop yang lalu,iaitu order lambat sampai dan kualiti kurang... Masa tu MF pilih kaedah pembayaran Online... 

Disebabkan pengalaman tu, MF pilih pembayaran tunai atau "Cash on Delivery (COD)". Jadi, tawakal je la bila nak sampainya dan tak mengharap. 

Nak dijadikan rezeki, kaedah COD ni lagi cepat sampai... dalam 2 hari sahaja sampai menggunakan perkhidmatan GDex. Alhamdulillah... Itulah hikmah tawakal agaknya kan... 

Sesampai je... teruja nak cuba... tapi ada urusan keluarga, terpaksa batalkan hasrat tu.. Selesai je urusan, terus buat uji kaji... Pertama sekali MF goreng telur.. tanpa minyak... dan guna sudip besi... Dan ternyata tak tipu la... Memang betul tak melekat dan tak calar. Kali kedua, suami pula buat uji kaji... dia panaskan sambal ikan... tanpa masukkan minyak... terus je panaskan gitu... tak melekat pun walaupun kering... Ternyata produk kali ni puas hati... Moga bersemangat nak memasak yang sihat-sihat lepas ni... Insha Allah... 


Impian seterusnya, nak beli Smart Prosessor pula... hehe... Ntah bila nak tercapai agaknya ya... hehe... 

6Ulasan

  1. wahhh tak melekat tu teruja sangat nih.. hehehehe..

    BalasPadam
  2. Saya pun selalu terjebak kalau tengok GoShop ni, MF. Tapi walaupun nafsu membeli membuak-buak, saya tetap baca juga review orang lain kotnya ada yang kata 'indah khabar dari rupa' aje GoShop ni.

    Strom ni kalau tak silap ada satu set yang enam ke berapa tu ya, minat betul saya. Tapi tak terbeli lagi sebab menahan nafsu. Kalau MF kata kuali Strom yang ini bagus, maknanya bolehlah saya pun proceed sama. Saya memang prefer buat COD. Bukan apa, suami susah nak detect kat transaction history ~_^

    BalasPadam
  3. Nak tnya... kuali strom ni bleh guna kt dpur elektrik @ induction cooker ke

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..sy pun guna jgk.seronok duk kat dapur.bila masak lauk jd kenyal.jimat minyak,jimat masa memasak ,menyihatkan.tp apa pun brg yg kita beli bergantung pd nasib jgk la.klu dpt yg elok alhmdulillah..klu xdpt yg baik apa boleh buat..redha jela


    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ