div id='header-inner'>

[CHECHLIST] Kita Adalah Hamba Dunia Jika Ada 20 Tanda Ini!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kita Adalah Hamba Dunia Jika Ada 20 Tanda Ini!


  1. Anda tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.

  2. Anda melalui hari ini tanpa sedikitpun membuka lembaran dan membaca Al-Qur’an.

  3. Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta anda semakin bertambah.

  4. Anda marah ketika ada yang memberi nasihat bahawa perbuatan yang anda lakukan adalah haram.

  5. Anda terus bertangguh untuk berbuat kebaikan dan amal soleh.

  6. Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.

  7. Anda selalu bersaing dengan orang lain dalam urusan duniawi sehingga mengabaikan ibadah.

  8. Anda tidak merasa bersalah ketika melakukan dosa-dosa kecil.

  9. Anda tidak mampu segera menghentikan perbuatan haram dan bertangguh untuk bertaubat.

  10. Anda terlalu berangan-angan jauh kedepan, tanpa persiapan dan tindakan.

  11. Belajar  tentang agama, hanya untuk mengisi waktu luang anda.

  12. Anda berkawan dengan orang-orang yang tidak mengingatkan anda kepada Allah.

  13. Anda menilai orang lain hanya dari status sosialnya saja.

  14. Anda terlalu menikmati hidup dan melalui kehidupan seharian tanpa sedikitpun memikirkan kematian serta datangnya hari akhirat.

  15. Anda menghabiskan waktu hanya untuk hal yang  sia-sia dan tanpa manfaat.

  16. Anda tidak boleh mensederhanakan hidup dan gaya hidup anda foya-foya dan hanya berseronok.

  17. Anda tidak boleh menghentikan transaksi riba meskipun tahu bahayanya , hanya kerana alasan ekonomi. Maknanya tak teragak-agak untuk berhutang untuk penuhi kehendak bukannya keperluan. 

  18. Anda sering ikut menguburkan orang meninggal, namun anda tidak mendapatkan pelajaran dari kematian itu.

  19. Anda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa,agar cepat melaksanakan pekerjaan dan tugasan duniawi. 

  20. Anda merasa mendapat ketenangan dari berbagai kemewahan yang anda miliki, bukan mendapat ketenangan dari Allah.

Catat Komen

2 Ulasan

  1. Alhamdulillah..PC kena check diri sendiri ceoat2 ni Cikgu MF :(

    BalasPadam
  2. hu hu hu... cek diri sentiasa.
    masih byk perlu dibaiki :)

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)