GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Resepi Ramadhan: Rendang Ikan Tenggiri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Minta maaf dulu... entry ni bukan niat nak tunjuk gambar makanan, tapi niat nak kongsi resepi sempena bulan puasa ni kan...

Resepi ni semalam MF buat, 100% idea sendiri tanpa cedok dari mana-mana Internet.

Ikan tenggiri masak rendang. Memula dengar permintaan en.somi ni..haishh.. tak pernah dengar lagi resepi ni.. tapi MF masak juga dengan yakin. Ala chef gayanya macam pro sangat...

Tapi, tak lah susah mana nak masak rendang ikan tenggiri ni...


Jom., ini resepi rendang ikan tenggiri:

Bahan-bahan:-
Ikan tenggiri (dibelah dan dibuang tulang, ambil isinya dan dipotong dadu...)
2 sudu besar santan kelapa pekat (MF guna santan segera jenama M&S)
Gula dan garam cukup rasa
1 sudu besar kerisik
1 batang serai yang dititik (diketuk)
Daun kunyit (hiris halus)
Air

Bahan kisar:
Rempah ratus (rempah campur dan jintan manis serta jinta putih)
Sedikit halia
5 ulas Bawang putih 
3 Bawang merah atau 1 ulas bawang besar sederhana besar. 
Cili giling

Cara memasak:-
1. Gorengkan isi ikan tenggiri separa garing
2. Tumiskan bahan kisar hingga sebati dan cili pecah minyak.
3. Masukkan santan dan air, kacau rata
4. Masukkan isi ikan yang digoreng tadi, gaul rata 
5. Biarkan 2 minit,  kemudian masukkan kerisik, serai dan daun kunyit serta garam dan gula secukupnya.  
6. Gaul rata, dan sedia untuk di hidang. 

Mudah je.., dan tak sangka menjadi pula walaupun percubaan pertama... Alhamdulillah,  sedap dan cukup rasa...

Sesiapa nak cuba dipersilakan. Ingat boleh buat resepi di pagi raya juga ni...

5Ulasan

  1. Alhamdulillah boleh cuba ni...terima kasih cikgu MF kongsi resipi ya :)

    BalasPadam
  2. first time sy dengar ikan tenggiri dibuat rendang kak. menarik!

    BalasPadam
  3. raRE ni. biasa dengar daging n ayam masak rendang.kerang pon pernah tapi ikan masak rendang belom pernah makan lagi

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ