GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ibu Mengandung Tidak Wajib Berpuasa???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Isu oh isu... isu sungguh pula puasa kali ni, bila berlalu kat wall kes keguguran akibat puasa... Haishhh... Teruk juga ni sebab ada yang keluarkan hukum kata "Ibu Mengandung Tidak Wajib Berpuasa"... Mana hang petik hukum ni??? Tapi isu ni buatkan MF buka mata, buka kitab, cari info, rujuk hukum hakam, hadis dan dalil segala bagai sebab perlu diterangkan juga... Apakah hukum puasa bagi ibu mengandung??? Benarkah Ibu Mengandung Tak Wajib Berpuasa???? Cukup dengan bayar fidyah je nanti... Haishhh... 

Baik... ini penjelasan hukum berkaitan ibu hamil dan puasa... 
Baca elok-elok:

Apakah wanita hamil lebih utama berpuasa atau berbuka?

Wanita hamil termasuk orang yang dibebani tugas berpuasa seperti mukallaf yang lain. Akan tetapi, jika dia khuatir akan berbahaya bagi dirinya atau bayi dalam kandungannya, dibolehkan baginya berbuka.

Ibnu Abbas r.a. berkata dalam firman Allah Ta'ala,

وعلى الذين يطيقونه فدية طعام مسكين

"Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu): memberi Makan seorang miskin." (QS. Al-Baqarah: 184)

Dahulu diberikan keringanan terhadap orang tua, walaupun mereka mampu berpuasa. Mereka boleh berbuka dan sebagai gantinya, mereka memberi makan satu orang miskin untuk setiap satu hari yang tidak berpuasa. Begitu pula terhadap wanita menyusui dan wanita hamil, jika keduanya takut membahayakan anak-anak mereka, maka mereka boleh berbuka dan sebagai gantinya memberi makan (orang miskin)." (HR. Abu Daud, 2317, dishahihkan oleh Al-Albany dalam Kitab Irwa'ul Ghalil, 4/18, 25

Perlu diketahui bahawa berbuka bagi wanita hamil hukumnya, kemungkinan boleh, wajib atau haram.

Boleh berbuka, jika puasa terasa berat bagi dirinya, meskipun tidak membahayakannya. Maknanya rasa tak larat sangat dah...tapi tak membahayakan sampai dehidrat ke kan... Jadi, hukumnya boleh berbuka dengan makna harus berbuka.

Wajib (berbuka) jika puasa baginya membahayakan dirinya atau membahayakan bayi dalam kandungannya. Maknanya, rasa dehidrat sampai nak pengsan ataupun bayi tak bergerak dalam kandungan...atau juga rasa lain macam pada perut seakan-akan hampir keguguran.

Haram apabila puasa tidak memberatkan dirinya. Maknanya, dia mengandung dan mampu puasa... Tiada alasan kukuh untuk berbuka... jika dia tidak berpuasa berdosa sebab dia mampu puasa tanpa masalah walaupun dia mengandung.

Syekh Ibnu Utsaimin rahimahullah berkata,

Wanita hamil ada dua keadaan;

Pertama: Dirinya kuat dan aktif, tidak sukar baginya berpuasa dan tidak berpengaruh bayi dalam kandungannya. Wanita seperti ini wajib berpuasa, kerana tidak ada uzur bagi wanita tersebut untuk meninggalkan puasa.

Kedua: Wanita tersebut tidak mampu berpuasa, kerana hamilnya berat, atau badannya lemah atau sebab lain. Dalam keadaan seperti ini, hendaknya dia berbuka. Apalagi jika berbahaya kepada bayi dalam kandungannya, ketika itu dia wajib berbuka." (Fatawa Syekh Ibnu Utsaimin, 1/487)


Syekh Ibn Baz, rahimahullah berkata,

"Wanita hamil dan menyusui, hukumnya seperti orang sakit. Jika berat bagi mereka berpuasa, maka dibolehkan bagi mereka berbuka. Dan mereka harus mengqadha (menggantinya) ketika dirinya sudah mampu berpuasa, seperti orang sakit. Sebagian ulama berpendapat, cukup bagi keduanya memberi makan (satu orang miskin untuk setiap satu hari tidak berpuasa). Ini merupakan pendapat lemah yang tidak dikuatkan. Yang benar adalah dia harus mengqadha, seperti musafir atau orang sakit. Berdasarkan firman Allah Ta'ala,

فمن كان منكم مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر (سورة البقرة: 184)

"Maka Barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain." (QS. Al-Baqarah: 184)

Hal tersebut juga ditunjukkan oleh hadits Anas bin Malik Al-Ka'by, sesungguhnya Rasulullah s.a.w.,

إن الله وضع عن المسافر الصوم وشطر الصلاة ، وعن الحبلى والمرضع الصوم (رواه الخمسة )

"Sesungguhnya Allah telah menggugurkan bagi musafir puasa dan setengah solat. Begitu pula halnya terhadap wanita hamil dan menyusui (menggugurkan) terhadap puasa." (Muttafaq alaih)
(Tuhfatul Ikhawan Bi Ajwibatin Muhimmah Tata'allaqu Bi Arkanil Islam, hal. 171)

Wallahua'lam.

Sumber rujukan dan diolah: https://islamqa.info/id/3434

Jadi, jelas lah hukumnya... wanita mengandung tu WAJIB berpuasa sama macam orang lain... cuma harus berbuka jika tak mampu nak puasa. atau memang disarankan oleh doktor tak boleh berpuasa. 

Antara wanita hamil yang berisiko untuk dan tidak digalakkan berpuasa ialah:
  • Kencing manis atau diabetes (DM)
  • Penyakit darah tinggi atau hipertensi
  • Mengalami Perdarahan
  • Dehidrasi atau kekurangan cairan dalam badan
  • Gangguan sistem pencernaan seperti gastrik
Tapi andai mampu puasa, boleh berpuasa asalkan dengan nasihat pakar perubatan. Namun, selepas tu kena la ganti semula ye...

Islam tu mudah, tapi jangan permudahkan... dan Islam tu tak susah nak fahamkan asalkan jangan buat kefahaman sendiri...Perlu ilmu, rujukan dan dalil yang sahih... 

-Semoga bermanfaat -

5Ulasan

  1. sapa lah yg pandai2 kuarkan hukum nih...

    setahu akak selagi tak memudaratkan utk kesihatan ibu tuh blh je puasa...
    tp selagi tak memudaratkan boleh je puasa, skrg nih mcm2 lah yg bt hukum sndiri...
    tak paham kadang akak...

    BalasPadam
  2. nice share ..betul tu..rasa tak mmpun dan memudaratkan taknyah pose..kalau larat smpai boleh shopping berjam-jam tu kena la puasa..hehehe

    BalasPadam
  3. hari tu nampak banyak orang dok share kat FB pasal ni. yang larat puasa dok memperlekehkan yang tak puasa. pada I, benda tu badan memasing. memasing tahu lah kan.

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas maklumat ini. Amat berguna untuk rujukan kita bersama.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah puasa penuh setiap kali hamil.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ