div id='header-inner'>

Pati Ikan Haruan Tak Digalakkan Ambil Selepas Pembedahan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kembali menjadi viral mengenai pati ikan haruan dan kesannya... pernah juga MF kongsikan pengalaman orang serta pengalaman kakak ipar MF sendri yang pernah amalkan pati ikan haruan dan gamat selepas pembedahan bersalin kedua-dua anaknya... boleh baca entry tu DI SINI.

Bila isu ni timbul... mulalah wujud persoalan dan pertikaian dari orang yang tak setuju dengan pandangan dan pendapat ini...bahkan nak MF berikan bukti saintifik pula.. takpe.. kita cuba kumpul info dan pengalaman orang yang pernah amalkan pati ikan haruan dan gamat ni...

MF nak kongsi, MF takde pengalaman menjalani pembedahan dan kalau boleh memang tak nak dibedah... moga dipermudahkan urusan MF jika MF mengandung dan bersalin lagi... cuma luka kecil semasa bersalin tu biasa la kan... tapi MF hanya ambil ikan haruan segar... dimasak sendiri oleh mak dan suami MF semasa MF berpantang... jadi, pati ikan haruan memang tak pernah amal.

Apa pun... kajian demi kajian di jalankan terutama di UPM dan USM membuktikan, ikan haruan memang ada agen penyembuh semula jadi... bahkan di UPM telah mengeluarkan sejenis krim ikan haruan untuk sembuhkan luka dan penyakit kulit.


Petua orang Melayu pun menyarankan ibu selepas bersalin mengamalkan makan ikan haruan. Kalau nak cepat luka itu sembuh amalkan makan ikan haruan. Ikan haruan sememangnya sinonim dengan penyebuh berkesan luka terutama selepas bersalin.

Antara sebab ikan haruan cepat sembuhkan luka dalaman adalah seperti berikut:

1. Ikan haruan adalah sumber semula jadi untuk proses penyembuhan luka.

2. Mengikut kajian, ikan haruan mengandungi albumin iaitu sejenis protein yang mempercepatkan penyembuhan luka. Terdapat kira-kira 60 - 70 peratus protein di dalam ikan ini.

3. Kandungan protein ikan haruan lebih tinggi daripada sumber protein lain seperti telur, ayam mahupun daging.

4. Ikan haruan mengandungi lemak yang rendah, iaitu kira-kira 20 peratus daripada berat badannya.

5. Ikan haruan memiliki sifat anti-radang, penahan sakit, anti-bakteria dan penyembuhan luka.

6. Ekstrak ikan haruan dapat menyembuh, memulih, menahan sakit dan memperbaiki sel untuk pulih semula.

7. Menerusi penyelidikan yang dilakukan di Hospital Royal Perth, Australia, ekstrak haruan dapat membantu mempercepat pembekuan darah.

Cara membuat ekstrak pati ikan haruan:

1. Rebus ikan haruan sehingga seluruh patinya keluar.

2. Tos untuk mengasingkan pati dan minum seperti air.

3. Bagi mengelakkan bau hanyir, tambahkan sedikit limau nipis atau halia di dalam rebusan.

Selain direbus, ikan haruan juga boleh dimasak sup dan dikukus. Elakkan daripada menggoreng atau membakar ikan haruan bagi mengelakkan khasiatnya hilang. Penggunaan minyak ketika menggoreng juga boleh meningkatkan kadar lemak pada ikan. Padahal ikan ini kadar lemak dan kolesterolnya sangat rendah.

 Sumber: majalah Pa&Ma

Pengalaman dari orang yang pernah makan pati ikan haruan.. jangan amalkan pati ikan haruan ni secara kerap ataupun sebaik selesai pembedahan. Makan pati ni selepas dua minggu. Sebabnya, pesanan doktor yang merawat...

Ekstrak pati ikan haruan ni akan mempercepatkan proses penyembuhan. Cepat dari biasa... ni yang menyebabkan daging yang luka cepat bercantum...dan kadang ada yang bercantum dengan usus. Dan ini diakui sendiri oleh kakak ipar MF juga.

Sebab tu lah disarankan minum selepas dua minggu pembedahan. Maknanya, biarkan luka tu bercantum sendiri dulu.. kemudian baru kita makan ikan haruan untuk cepatkan luka tu baik dari dalam...

Jadi, nak kata pati Ikan haruan dan gamat ni tak bagus tak juga. Sebab ada khasiat lah orang buat dan jual... cuma cara kita guna dan amal tu kena betul. Lagipun amalkan secara sederhana. Jangan terlalu taksub nak cepat sembuh... telan hari-hari... tu yang boleh beri kesan jangka panjang..

Tapi MF sarankan, amalkan ikan haruan segar. Masak sendiri... itu lebih baik dari beli yang telah diproses... kita pun tak tahu bahan apa yang dimasukkan dalam pati tu sebab nak bagi tahan lama dan hilang baunya kan... mesti ada campuran bahan herba atau bahan kimia yang lain juga kan.. jadi amalkan ikan haruan yang segar itu lebih baik... Sebelum bersalin tu dah boleh survey dah kat mana ada jual ikan haruan segar ni... dan deal dengan penjual untuk memudahkan kita dapatkan bila kita memerlukan.

Catat Komen

7 Ulasan

  1. PERKONGSIAN YG BERMNAFAAT TKSH

    BalasPadam
  2. Dulu masa isteri pas bersalin, saya gi memancing je..dapatlah 2 3 ekor ikan haruan, masak sendiri...

    BalasPadam
  3. pati ikan haruan ramai juga ckp elok kan..

    BalasPadam
  4. masa bersalin tuari adalah dalam 3 botol minum..yang lain mak buat sup dengan salai je ..lepas ni dah tamo lah minum pati tu..

    BalasPadam
  5. baru nk bli stok pati haruan bnyak2 ustazah .....
    ...prepare isteri ku pula bersalin bln 1 ni...

    BalasPadam
  6. ustazah...bru sy ingat nk bli stok untuk wife sy....

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)