بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Semalam tersebar satu gambar himpunan duit raya yang telah dimasukkan dalam plastik dan dinomborkan... Kemudian, bila baca captionnya, sesiapa nak dapat duit raya, kena makan kuih raya, dan nombornya ada dalam balang kuih raya tersebut...
Tersebar luas diseluruh Facebook hari ni... Seperti biasa, MF suka baca komen-komen dari gambar tersebut... dan yang pasti MF dah agak, mesti ramai la yang kondem... katanya haram buat macam tu sebab ada unsur perjudian...
Sumber: Facebook |
Betul ke??? Adakah berjudi tu???
adoooiii... isu remeh yang sampai semua orang nak bertekak... adooi... payah juga nih...
sekali pandang macam judi, dua kali pandang macam tak.. jadi adakah ada unsur judi...
Sebelum nak jelaskan ni, kena faham juga apa maksud judi...
Judi bermaksud pertaruhan... Pertaruhan wang... untuk dapatkan sesuatu...
OK, jadi dalam situasi ni, adakah orang yang makan kuih tu bertaruh??? Dia ada beri wang tak untuk makan kuih tu??? Jika tiada, maknanya dia tak bertaruh apa-apa... bahkan dia tak keluarkan modal apa pun... cuma yang dia dapat kenyang makan kuih je la..
Apa yang MF lihat unsur yang ada di sini ialah unsur cabutan bertuah... dan bab hukum cabutan bertuah, MF pernah ulaskan di perkongsian ENTRY INI.
Jadi, tak boleh la nak letakkan sesuatu hukum kalau tak faham konsep asasnya... senang kata, orang yang tak yakin tu tak payah join jika ada orang buat cabutan duit raya ni...
Apapun, konsep ni konsep cabutan, dan sedikit sebanyak akan menghilangkan konsep sedekah... Sedangkan jika kita bagi tanpa apa-apa syarat itu lebih baik... kerana memberi duit raya bukan sahaja budaya, tapi adat sedekah... Jadi, tak perlu nak pertikaikan berapa jumlah sepatutnya, yang penting ikhlas... kita pula sebagai ibu bapa, didiklah anak dengan budaya ziarah dan syukur, bukan budaya kumpul duit raya siapa yang banyak.
Jadi, kekalkan budaya memberi duit raya yang sepatutnya itu lebih baik... Namun bukanlah menjadi kesalahan jika nak buat juga cara cabutan ni... Mungkin untuk memeriahkan hari raya atau hari berkumpul bersama keluarga... Jadi, tiada salahnya, asalkan duit tu duit dari sumber orang perseorangan atau tuan rumah, bukan duit bayaran daripada tetamu atau duit bayar apa-apa syarat.
Setuju...memberi tanpa syarat itu lebih manis.. :)
BalasPadamADA JUGA BUAT MCM NI EH..
BalasPadamsalam~ itu la.. semalam ada jugak tengok.. thanks ya for sharinng.. =)
BalasPadam