GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Inilah 7 Sebab Kenapa Kita Kena Bersahur!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Dah bersahur??? Sahur apa pagi ni??? Pastinya yang simple je kan... Bagi yang tak biasa makan pagi pasti liat nak bersahur. Tapi kena bangun juga sahur kan...

Sahur ni bukan saja-saja diadakan ketika berpuasa.   Tapi memang satu amalan sunnah yang amat digalakkan. Ringkasnya, ada 7 sebab utama kenapa kita kena bersahur ketika berpuasa.

7 Sebab Kenapa Kena Bersahur

1. Menghidupkan amalan sunnah.
Bersahur sunnah Nabi S.a.w dan Nabi galakkan kita ikut sunnah ni.

2. Membezakan puasa orang Islam dan orang Yahudi
Orang agama lain juga berpuasa, jadi sahur adalah satu amalan untuk bezakan jenis sahur setiap agama.

3. Mendapat keberkatan
Bertepatan dengan Hadis Nabi S.a.w:

4. Melatih diri bangun beribadah
Sahur ibadah sunnah, jadi selama sebulan kita berlatih untuk mudah bangun pagi untuk beribadah. Moga latihan ini dapat kita istiqamah sehingga bulan selain bulan puasa.

5. Menambah pahala amalan sunat.
Bulan Ramadhan bulan berkat. Jadi, pasti banyak pahala dan ganjaran yang disediakan untuk orang yang beribadah.

6. Dapat solat subuh di awal waktu.
Disunatkan melewatkan sahur.. Salah satu tujuannya agar kita mudah amalkan solat subuh diawal waktu. Jika waktu bulan puasa kita harap kepada jam yang kejutkan subuh.. Tapi bila kita bangun sahur, kita kan terus menunggu subuh tanpa tidur...

7. Memberi tenaga sepanjang berpuasa di siang hari.
Ini hikmah penting kenapa kena sahur. Islam tu mudah dan tak kejam... Tetap kena makan dua kali sehari walaupun ketika berpuasa kan... Jadi, jangan tinggalkan sahur kerana makan sahur dapat membekalkan tenaga yang berkekalan sepanjang kita berpuasa di siang hari.

Waktu zaman belum kahwin agak liat nak bersahur.. Pernah juga skip sahur.. Tapi sejak kahwin dan dah jadi mak orang ni tak culas lagi bangun sahur.. Rasa lembik pula kalau tak bersahur tambah kena berperang dengan anak-anak yang tengah memasak di siang hari ketika berpuasa.

Tapi satu keajaiban sahur yang ada pada mak kita:

Hehe... Betulkan.. Itulah modalnya.. Tapi kita memang bangun bila mak Pak kata sahur dah nak habis... Hehe... 

-selamat berpuasa-

5Ulasan

  1. Salam , betul kak yang part paling bawah sekali :)

    BalasPadam
  2. ilmu yang bermanfaat..thanks for sharing :)

    BalasPadam
  3. salam ramadhan...

    jom join GIVEAWAY..

    http://ayubarbydol.blogspot.my/2016/06/first-giveaway-ramadhan-2016-by-ayu.html

    BalasPadam
  4. Secara tak sengaja, saya pun buat perkara yang sama. Kalau kejutkan anak di waktu sahur, selalu saya buat macam tu. Suruh dia bangun cepat sebab dah nak habis waktu sahur ^_^

    Kalau tak sahur, tak bolehlah. Memang tak tahan lapar. Walaupun bangun sahur sekadar minum air dan makan kurma aje, tetap kena bangun. Dan lagi satu bila dah celik mata di pagi hari, segar bugar badan. Cuba kalau bukan bulan puasa, asal terjaga dek jam loceng sibuk matikan jam sebab nak tidur semula!

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ