GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kisah 1 Ramadhan | Redha Itu Penawar Sakit Yang Paling Berkesan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Setiap yang Allah jadikan tiada yang sia-sia. Semuanya ada hikmah yang kita tak terjangkau dek akal cetek kita...

Apa pun, sabar dan redha adalah penawar yang paling mujarab bagi setiap dugaan yang Allah beri kan...


Sebut pasal redha.. MF nak kongsikan pengalaman puasa di hari pertama pada tahun ni... 

Alhamdulillah tahun ni MF sekeluarga berkesempatan berpuasa bersama keluarga di kampung. Sebelum puasa dah berdoa agar dipermudahkan urusan dan diberi kekuatan untuk berpuasa esok harinya.

Namun, takdir Allah untuk menguji MF. Bangun pagi semasa sahur, diserang minor asma... Allah... Padahal malamnya ok je kan... Tapi bangun sahur kena asma pula... MF cuba kawal asma dan elak guna inhaler selagi boleh. 

Selepas solat subuh, MF nak tidur... Dalam hati redha je... Redha dan tawakal sebenar-benar tawakal dan redha dengan ujian Allah. Kalau Allah dah uji begini...dan bangun tidur ni aku tak mampu nak puasa hari pertama ni... Aku redha dengan sakit ku.. Itulah kata-kata MF dalam hati.. 

Jadi, MF tidur selepas solat subuh... Kerana nak redakan sakit asma tu... Alhamdulillah.. Dah siang tu bangun, sihat walafiat... Macam tak pernah kena asma langsung... Takde lagi kesan asma... Rasa macam satu keajaiban pun ada. 

Itulah nak kata, redha itu penawar sakit yang paling mujarab. Bila kita redha dan tawakal....Allah akan pelihara dan makbulkan doa kita... Tambahan pula doa di bulan Ramadhan yang penuh barakah. Yang penting bersungguh-sungguh ketika redha dan doa serta tawakal kepada Allah.

Nikmat mana yang MF nak dustakan???
Terlalu banyak sangat nikmat dan doa ini Allah makbulkan... 

Jadi, redha lah bila sesekali diuji dengan sakit... Sama ada sakit fizikal atau sakitnya hati... Kerana jika kita sabar dan redha Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih indah dari kesakitan dan dugaan yang kita alami....

2Ulasan

  1. SEMOGA AWK SENTIASA DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK OLEHNYA :) AMIN..

    BalasPadam
  2. salam moga Allah kasi kekeuatan pada kita semua kak untuk menjalani ibadah puasa ... Aamiin

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ