GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Benarkah Puasa Memudharatkan Ibu Mengandung? Ikuti 10 Tips Ini Untuk Puasa Penuh!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sejak dua menjak terbaca isu dan viral di facebook pasal ibu mengandung dilarang berpuasa terutama bagi yang mengaudng trimester pertama dan kandungan masih awal. Katanya, puasa menyebabkan bayi dalam kandungan kurang zat dan boleh berlaku keguguran. 

MF rasa viral ni terlalu ekstrem sebabnya, seolah-olah puasa tu memudharatkan sedangkan Allah fardhukan puasa untuk kebaikan kita. Ibu mengandung dan menyusu wajib juga berpuasa cuma diberi rukhsah (kelonggaran) berbuka jika risaukan kandungan dan anak yang disusukan. Maknanya puasa selagi mampu.. Tak mampu berbuka la kan... 

Apa pun, sebenarnya tiada masalah nak berpuasa bagi ibu mengandung asalkan jaga cara pemakanan dan juga diet sepanjang berpuasa. Makan tetap tiga kali sehari iaitu waktu berbuka, bersahur dan selang waktu antara berbuka dan bersahur... Maknanya makan sebelum tidur tapi bukanlah makanan berat. 

Amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat untuk mengelakkan masalah seperti sembelit, sakit kepala, lesu, pedih ulu hati dan lain-lain.  Waktu makan sahur adalah sangat penting. Ia membantu anda mengekalkan tahap tenaga dengan membekalkan nutrien penting yang diperlukan untuk kekal cergas.

Sewaktu berbuka, disarankan mengutamakan makanan berkarbohidrat yang mudah dihadam. Elakkan daripada mengambil hidangan makanan yang berlemak tinggi. Ini untuk mencegah pertambahan berat berlebihan malahan ia kurang berkhasiat.

Ibu mengandung digalakkan minum jus buah-buahan segar, minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman menyegarkan dan mampu membekalkan khasiat pemakanan yang diperlukan.

Berikut adalah tip pemakanan yang perlu diamalkan ibu mengandung:

1. Wajibkan bersahur setiap hari bagi mengelakkan kurang gula (hypoglisemia) pada waktu petang. Paling kurang MF akan makan tiga biji kurma dan segelas susu. 

2. Elakkan pengambilan minuman berkafein pada waktu sahur bagi mengelakkan dehidrasi. Walaupun MF boleh dikatakan penggemar kopi, tapi bulan puasa memang elak betul minum kopi... Sebab kopi buatkan kita lebih rasa haus di siang hari. 

3. Banyakkan minum air masak. Semestinya kena cukup air dalam badan.

4. Sahur perlulah makanan yang lengkap iaitu di mana setiap nutrien termasuklah karbohidrat, protein, lemak, serat dari sayuran dan buah, susu atau sumber tenusu. Karbohidrat tak semestinya nasi, mungkin boleh ganti dengan mee Hoon sup atau roti bakar... Asalkan karbo.

5. Makan secara sedikit tetapi kerap selepas berbuka, dicadangkan ada snek malam bagi mengelakkan rasa lapar di tengah malam. Masa berbuka memang tak berapa nak selerakan... Tapi lepas dah solat Isyak.. Waktu yang lapang sikit, makanlah snek ringan seperti kuih muih, atau juga jus buah dengan salad sayuran. Maknanya sebelum tidur tu, makan dan lapik perut juga sikit.

6. Makanan jenis bersup, bakar atau stim digalakkan semasa mengandung. Cuba kurangkan makanan yang digoreng dengan minyak yang banyak dan berlemak bagi mengelakkan kenaikan berat badan terlalu banyak semasa mengandung. Memang puasa kita kurang gemar yang bergoreng kan... Rasa muak... 

7. Lebihkan juga pemakanan daripada kumpulan kacang dan kekacang yang bakar atau panggang bagi banyakkan zat besi dan sedikit serat.

8. Bagi wanita mengandung yang tiada apa-apa masalah seperti gastrik, makanan pedas tiada masalah untuk diambil. Tetapi bagi yang ada gastrik memang tidak digalakkan mengambil makanan pedas atau makanan jenis berasid tinggi. Takde pedas macam tak berselera pula kan...

9. Makanan atau minuman yang manis atau berlemak tidak digalakkan semasa mengandung kerana ia boleh menyebabkan kenaikan berat badan yang berlebihan serta mencegah kencing manis semasa mengandung. Jika ingin minum, hanya ambil dalam kuantiti yang sedikit. Minuman manis hanya sekali sehari dan makanan manis pula tiga hari sekali.

10. Makanan atau minuman yang berasid tinggi serta pedas juga boleh menyebabkan pedih ulu hati serta gastrik. Pada awal kehamilan biasanya ibu akan mengalami alahan, jadi pada peringkat ini ibu mesti mengelakkan makanan yang berbau, berminyak dan berlemak. Makanan yang kering sahaja digalakkan kepada yang mengalami morning sickness.

Sumber rujukan dan olahan daripada: Karangkraf.com

Dengan amalan pemakanan seimbang dan terjaga sewaktu berpuasa, insha Allah tiada masalah untuk berpuasa walaupun mengandung. Yang penting air cukup, makan sahur.... Tak lupa juga doa dan tawakal kepada Allah moga dipermudahkan kita berpuasa. Insha Allah niatkan ikhlas berpuasa kerana Allah bukan semata-mata sebab nak puasa penuh atau malas nak ganti ya... 

Apa pun.. Puasa bukan satu bebanan bahkan rahmat Allah kepada hamba-Nya. 

2Ulasan

  1. terkenang kenangan berpuasa time mengandung 2/3 bulan dulu hehe ... tq for sharing :)

    BalasPadam
  2. tips yang sangat berguna MF..viral sungguh..berfikiran positif

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ