div id='header-inner'>

Solat Terawih Bagi Wanita, Di Masjid Atau Di Rumah???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Persoalan:
Sebahagian wanita sering mendirikan solat tarawih di masjid. Ada di antara mereka yang keluar tanpa mendapat keizinan si suami sehingga ketika di masjid kamu dapat mendengar suara mereka sedang bercakap-cakap. Apakah hukum solat mereka? Adakah solat tarawih wajib bagi mereka?

Solat Terawih Bagi Wanita, Di Masjid Atau Di Rumah???
Solat Terawih Bagi Wanita, Di Masjid Atau Di Rumah???

Solat Terawih Bagi Wanita, Di Masjid Atau Di Rumah???

Jawapan Sheikh Yusof Abdullah al Qaradawi.

Solat seorang wanita di rumah lebih baik daripada ia solat di masjid selagimana tidak ada tujuan di sebalik perjalanan ia ke masjid semata-mata untuk menunaikan solat. 

Contohnya seperti mendengar ceramah agama, pengajian ilmu atau mendengar bacaan al-quran daripada qari yang baik. Bagi tujuan-tujuan ini adalah lebih afdhol untuk mereka ke masjid.

Hukum solat terawih

Solat tarawih tidak diwajibkan ke atas kaum wanita dan tidak juga bagi lelaki. Bahkan hukumnya sunat dan mempunyai kelebihan yang amat besar di sisi Allah ta’ala. Diriwayatkan oleh Bukhari Muslim daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang mendirikan bulan ramadhan dengan keimanan dan pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosanya yang lalu.”

Barangsiapa yang solat tarawih dengan kekhusyukan, ketenangan, keimanan dan penuh pengharapan, solat subuh tepat pada waktunya maka dia telah mendirikan ramadhan serta berhak mendapat ganjarannya.

Ini merangkumi lelaki dan wanita seluruhnya. 

Afdhal wanita solat di rumah

Kecuali solat wanita di rumah adalah lebih baik daripada solat di masjid selagimana tidak ada tujuan lain selain solat seperti yang telah disebutkan tadi. 

Afdhal wanita ke masjid dengan tujuan

Terutamanya pada zaman sekarang apabila si suami tidak dapat memberi kefahaman ilmu kepada si isteri. Apatah lagi apabila kaum lelaki tidak dapat memberi peringatan dan pengetahuan kepada isteri mereka. Maka tidak ada cara lain kecuali masjid yang perlu dijadikan sandaran. Bagi keadaan ini mereka perlu merebut peluang ke masjid dan tidak ada masalah di antara mereka dan masjid.

Lebih-lebih lagi bagi wanita yang tidak mempunyai minat dan kesungguhan untuk solat tarawih berseorangan apabila berada di rumah, berbeza jika ia berada di masjid dan beribadat secara berjamaah.

Wajib dapat keizinan suami

Bagi wanita yang keluar dari rumahnya walaupun ke masjid, mereka perlu mendapat keizinan daripada suami. Suami ialah ketua rumah dan keluarga. 

Memberi ketaatan kepadanya adalah wajib selagi mana suami tidak mengarahkan supaya meninggalkan perkara wajib atau tidak menyuruh melakukan maksiat. Dalam perkara ini isteri tidak perlu mendengar atau mentaati suami.

Suami tiada hak larang isteri ke masjid

Suami tidak mempunyai hak melarang isteri mereka ke masjid selagi tidak ada sebab halangan yang kukuh. Dinyatakan di dalam hadis muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Jangan kamu menghalang hamba(perempuan) Allah SWT dari masjid Allah SWT.”

Perkara yang menghalang mestilah muktabar dari segi syarak. 

Contohnya ketika suami sakit dan berhajat kepada isteri di sisi untuk menjaga dan memenuhi hajatnya. Atau pun mempunyai anak kecil yang mungkin merbahaya jika ditinggalkan keseorangan di rumah tanpa ada orang memerhatinya. Itu adalah beberapa contoh perkara yang menghalang atau kesempatan yang diterima akal.

Syarat bawa anak ke masjid

Jika anak-anak yang dibawa bercakap-cakap dan mengganggu para jemaah yang sedang menunaikan solat dengan tangisan dan teriakan, maka tidak perlu membawa mereka bersama. 

Begitulah walaupun dibenarkan membawa anak-anak ketika menunaikan solat lima waktu kerana solatnya tidak lama, perlu dicegah lebih-lebih lagi pada solat tarawih dengan tempoh solatnya yang lama lebih kurang satu jam sehingga anak-anak tidak sabar dengan ibu-ibu mereka.

Jaga adab di masjid

Adapun perbualan wanita di dalam masjid, perkara ini sama sahaja bagi lelaki. Tidak dibenarkan mengangkat suara tanpa sebab. Apatah lagi bercakap-cakap tentang dunia. Masjid tidak dijadikan untuk ini, tetapi untuk beribadah dan mendapatkan ilmu.

Bagi muslimah yang menjaga agamanya perlu mendiamkan diri ketika berada di dalam masjid sehingga tidak mengganggu orang yang sedang solat atau orang yang sedang berada dalam majlis ilmu. Jika berhajat untuk bercakap, mestilah dengan suara yang rendah setakat yang didengari, tidak terkeluar dari kehormatan dan kesopanan dalam percakapan, pakaian dan cara berjalan.

Kesimpulan

Wanita lebih afdhal solat terawih di rumah. Namun tiada halangan jika nak solat dimasjid asalkan tiada sesuatu yang menghalangnya untuk berbuat demikian. Jadi, kalau anak-anak dara atau wanita yang takde komitmen seperti anak kecil dan sebagainya, elok solat di masjid... sebab pahala berganda solat berjemaah. Asalkan jaga batasan dan pergaulan serta adab-adab di masjid. Betulkan niat ke masjid semata-mata untuk solat terawih. Bukan untuk bergosip dan sebagainya.

Rasulullah SAW menekankan kaum wanita digalakkan dan diutamakan berada di rumah dan sebaik-baik masjid bagi kaum wanita ialah rumah mereka sendiri, kecuali bersolat di Masjid al-Haram seperti yang diriwayatkan Abu Amru asy-Syaibani yang bermaksud: "Daripada Abi Amru asy-Syaibani, Abdullah bin Mas'ud berkata; Tidak ada bagi seseorang wanita lebih baik (afdal) daripada solatnya di rumah melainkan di al-Masjid al-Haram"

Bagi wanita atau lelaki (para ibu bapa) yang nak bawa anak kecil ke masjid, wajib ajar anak jaga batasan di masjid. Jangan biarkan mereka lepas begitu sahaja, hingga mengganggu jemaah yang lain. ataupun biarkan anak-anak main mercun. 

Silap-silap nak kejar pahala berganda, hilang begitu sahaja je kan. Jadi, kalau rasa anak kita tu sukar di kawal... elok lah solat kat rumah aje ye... sama juga dengan bapa-bapa yang bawa anak lelaki... niat mungkin dah baik... nak dekatkan anak dengan rumah Allah, tapi sebaik sampai kat masjid lepaskan anak tanpa pengawasan. Biasa perkara ni berlaku... 

Bagi lelaki afdhalnya solat di masjid... Sebagaimana yang tercatat dalam Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Ibnu Majah dan Musnad Ahmad, Rasulullah pernah bersabda; "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat Isya' dan Solat Fajar (Subuh). Andai kata mereka tahu apa yang terkandung dalam kedua-dua solat itu nescaya mereka akan mendatanginya walaupun terpaksa merangkak. Sesungguhnya aku telah berhasrat untuk memerintahkan solat agar didirikan. Kemudian aku memerintahkan seorang lelaki untuk (mengimamkan) solat bersama-sama orang ramai. Kemudian aku akan keluar bersama beberapa orang yang membawa bersama mereka berkas-berkas kayu api menuju kepada kaum yang tidak datang solat bersama-sama. Lalu aku akan bakar rumah-rumah mereka".

Jadi, jelas kan... Solat Terawih Bagi Wanita, Di Masjid Atau Di Rumah??? Jawapannya Afdhal di rumah, tapi tiada salah jika nak ke masjid dengan izin suami. 

Kadang tengok bulan Ramadhan bukan eksited lagi kaum hawa ni nak solat di masjid... tapi jangan pandang lekeh wanita yang tak pergi solat di masjid ni... 

Catat Komen

0 Ulasan