بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Menurut Imam Syafie... terdapat 5 malam yang mustajab doa... iaitu:
Malam Jumaat
Bila sebut malam Jumaat, bagi yang dah kahwin mula lah fikir yang tuuuuttt je... padahal malam Jumaat adalah malam yang perlu perbanyakkan amal. Solat sunat dan qiamullail. Dan ada juga fikir malam Jumaat ni, malam berhantu... entah fahaman mana la yang diikutinya.
Malam Hari Raya Aidil Fitri
Malam raya, banyakkan doa, zikir tasbih dan takbir... bukan sibukkan diri dengan segalanya baru hingga lupa kepada amalan yang sepatutnya kita buat... termasuk juga membayar zakat.
Malam Hari Raya Aidil Adha
Sama seperti malam raya puasa... tapi biasanya tak meriah mana... bahkan ada yang lupa esok nak raya... malam raya haji pun kena banyakkan berzikir dan berdoa... insha Allah, mudah Allah perkenankan .
Malam pertama di bulan Rejab
Dah lepas dah untuk tahun ni.. tahun depan Insha Allah jika panjang umur, kena alert dengan kedatangan Rejab..
Malam Nisfu Sya'ban
Malam pertengahan Syaaban... perbanyakkan amalan sunat dan doa.
Dalam setahun 5 malam yang mustajab doa... selain doa pada orang selalu bangun malam dan tahajjud. Bagi orang selalu qiamullail takde masalah la kan...
Tapi bagi kita yang tak selalu qiamullail jangan lepaskan peluang untuk banyakkan berdoa untuk minta yang baik-baik dalam kehidupan kita... jangan jadi orang yang sombong...
Terima kasih sis...
BalasPadamsinggah sini.. nice sharing. baru tahu :)
BalasPadamgood info.. juga sempena bulan puasa ni boleh amalkan berdoa sebelum waktu sahur dan berbuka. inshaallah.
BalasPadam