div id='header-inner'>

3 Cara Nyahbeku Bahan Mentah Yang Betul dan Selamat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bagi yang bekerjaya, membeli barang basah seminggu sekali tu satu kemestian kan... tak ramai yang amalkan sekali nak masak, sekali pergi beli... tapi zaman MF kecil-kecil dulu memang setiap hari bapa MF ke pasar atau kedai runcit beli barang basah. Sebab utama takde peti sejuk nak simpan... tapi sejak ada peti sejuk, buat juga stok tapi takdelah sampai seminggu sekali.

Tapi bila dah kerja ni, memang biasa buat stok bahan basah seminggu sekali... sebab tu kalau boleh beli bahan basah yang segar... sebab nak simpan seminggu... kalau beli pun dah tak segar, Simpan pulak seminggu lagilah tak elok kan.

Bila beli banyak, MF akan siang dan masukkan dalam pek plastik dan bungkus ikut sekali nak masak. Dan setiap kali nak masak mesti kena Nyahbeku dulu kan...

Jadi, berikut adalah tiga cara yang digariskan oleh KKM untuk cara Nyahbeku yang sihat dan selamat:



Cara pertama:
Letak dibawah air yang mengalir... 
Cara ni kalau last minit baru ada idea nak masak apa ... jadi, keluarkan dari pembeku dan terus letak dibawah aliran air paip yang mengalir... lebih cepat nyahbeku dari biar terendam dalam air. 

Cara kedua:

Letak dalam 'chiller' ataupun pencair atau bukan bahagian beku. Macam peti sejuk MF jenis bekunya di bahagian bawah, jadi untuk cairkan letakkan di bahagian atas... bahagian sejuk je... nak cepat cair letak plastik ikan beku tu dalam bekas berisi air... cara yang sama kita guna untuk cairkan EBM susu badan tu. Cara ni boleh guna kalau kita dah fikir awal nak masak apa... 

Contoh, sahur tadi dah fikir nak masak apa untuk berbuka... jadi waktu sahur terus nyahbekukan bahan mentah tu... petang nanti nak masak dah senang... dah siap cair. 


Cara ketiga:
Bagi yang ada microwave, boleh guna kaedah cepat ni... guna microwave dan pilih "defrost"... lebih mudah la kan bila guna teknologi yang ada. 


Daripada ketiga-tiga cara ni, MF banyak guna cara pertama, sebab bila masuk dapur baru fikir nak masak apa.... kalau fikir awal-awal tak menjadi ... Cara ketiga tak pernah guna, bahkan microwave yang pernah beli dulu pun dah terjual dah sebab tak guna...

Jadi, gunalah kaedah dan cara yang betul untuk nyahbeku bahan mentah. Kaedah yang salah akan menyebabkan pertumbuhan bakteria terutama pada daging ayam. Jadi, hati-hati...

- Semoga Bermanfaat -

Catat Komen

5 Ulasan

  1. akak guna cara kedua.selalunya pagi akak keluarkan dari tempat beku dan letak di bawah..balik tinggal masak je..jimat masa...

    BalasPadam
  2. ohh kalau nk buat bebola daging sndiri boleh refer mcm MF ni

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)