div id='header-inner'>

Menguap Itu Syaitan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bulan puasa, mencabar betul bila masuk waktu tengah hari kan... mata seakan berat je... nak buat apa pun agak lambat... mulut pula asyik menguap je... mengantuk macam tak tidur semalaman.

Tapi, sedarkah kita bahawa menguap tu adalah perbuatan yang amat tidak disukai dalam Islam... walaupun ianya fitrah atau spontan bila kita mengantuk... tapi sedaya mungkin, kena tahan mengantuk dan menguap semampu mungkin...



Dalilnya:

Mengenai menguap terdapat hadits dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w, beliau bersabda,

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْعُطَاسَ وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ فَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَحَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ سَمِعَهُ أَنْ يُشَمِّتَهُ وَأَمَّا التَّثَاؤُبُ فَإِنَّمَا هُوَ مِنْ الشَّيْطَانِ فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ فَإِذَا قَالَ هَا ضَحِكَ مِنْهُ الشَّيْطَانُ

“Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Kerananya apabila salah seorang dari kamu bersin lalu dia memuji Allah, maka kewajipan atas setiap muslim yang mendengarnya untuk mentasymitnya (mengucapkan yarhamukallah). Adapun menguap, maka dia tidaklah datang kecuali dari syaitan. Kerananya hendaklah menahan menguap semampunya. Jika dia sampai mengucapkan ‘haaah’, maka syaitan akan mentertawakannya.” (HR. Bukhari no. 6223 dan Muslim no. 2994)

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

إِذَا تَثَاوَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيُمْسِكْ بِيَدِهِ عَلَى فِيهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَدْخُلُ

“Apabila salah seorang dari kamu menguap maka hendaklah dia menahan mulutnya dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan akan masuk.” (HR. Muslim no. 2995)


Jadi, kawallah menguap sebaiknya... jangan sampai nganga macam singa lapar... bahkan orang yang menguap sampai bunyi "hah!", Syaitan akan gelakkan dia dan suka dengan perbuatannya. 

Jika menguap tahanlah guna tangan. Jika menguap ketika solat. Berhenti jika tengah baca dalam solat. Kemudian baca semula... jika kita teruskan bacaan, solat tidak sah kerana bacaan tidak sempurna. 

Al-Imam Malik rahimahullah berkata:

“Mulutnya ditutup dengan tangannya ketika solat sampai selesai menguap. Jika menguap ketika sedang membaca bacaan solat, kalau dia memahami apa yang dibaca, maka hukumnya makruh namun sudah mencukupi  baginya (bacaan dia). Tetapi jika tidak memahaminya, maka dia harus mengulangi bacaannya, dan jika tidak mengulanginya, -kalau bacaan tersebut adalah surat Al-Fatihah-, maka itu tidak mencukupi (tidak sah solatnya), dan kalau selain Al-Fatihah, maka sudah mencukupkannya (sambung bacaan)-(solatnya sah).”

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah menerangkan:

“Pasal tentang beberapa masalah yang langka di tengah-tengah umat namun sangat perlu untuk dijelaskan kepada mereka, adalah di antaranya:

Seorang yang menguap ketika solat, dia harus menghentikan bacaan solatnya sampai menguapnya selesai, kemudian melanjutkan bacaannya. 

Jadi, macam mana nak kawal menguap..iaitu dengan mengawal mengantuk... kalau dah mengantuk sangat... amalkan baca doa ini:


Moga dengan amalan membaca doa ini, akan mengurangkan rasa mengantuk dan lesu... 

Jika bulan tak puasa ni kalau mengantuk boleh makan kan.. bila bulan puasa mengantuk kena perbanyakkan wuduk, zikir dan sibukkan diri dengan kerja... insha Allah..kurang rasa mengantuk ...

-Semoga bermanfaat -


Catat Komen

6 Ulasan

  1. terbaik! nahhh tetiba rasa nak menguap pulak Fae -.-

    BalasPadam
  2. @-) menguap ni sejenis penyakit yang mudah berjangkit..hihihi..yang lebih tak berapa comel bila menguap seakan tak reti nak break..alahai sampai berair mata...

    BalasPadam
  3. terima kasih kerana share MF. mmg bermanfaat. Tp di bulan puasa ni mmg mengantuk pun. Asyik nak menguap aje kerjenya. Ni pun dah menguap tadi. Astagfirullahal'aziim.

    BalasPadam
  4. betul..bab mengantuk tu paling tak tahan..saya ada anak ni memang nak lelap pun tak berani walau dok rumah je..satgi macam2 bend dia buat..bahaya..jadi tahan je la.

    BalasPadam
  5. salam kak terima kasih! :)
    memang selalu ngantuk!

    BalasPadam
  6. penah tgk gelagat org menguap mcm2 bunyi keluar. selalu tutup mulut. huhu

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)