WAJIBKAH ISTERI MINTA IZIN SETIAP KALI NAK KELUAR RUMAH???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jadi wanita bekerjaya buatkan MF bergaul dengan pelbagai jenis manusia.. Dapat tahu, dapat ilmu pengalaman berguna... 

Ramai isteri bekerja diluar rumah sekarang ni.. Adakah minta izin suami??? MF yakin pasti minta izin kan... Cuma ada beberapa pecahan lain dan isu lain bab minta izin ni... 

Jom para isteri, kita tambah ilmu.. Adakah apa yang kita buat selama ni betul hukumnya di sisi Islam???

Merujuk kepada isteri yang hendak keluar rumah, hendaklah disedari bahawa kedudukan asal seorang isteri adalah di dalam rumah berdasarkan firman Allah: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu. [al-Ahzab 33:33] Apabila isteri hendak keluar rumah, sekali pun ke masjid, hendaklah dia meminta izin suaminya.

Rasulullah bersabda: Jika salah seorang dari isteri kalian meminta izin ke masjid, maka janganlah melarangnya. [Shahih al-Bukhari, no: 4837]

Lebih lanjut, keluar rumah terbahagi kepada empat kategori.

Pertama, keluar rumah yang sudah menjadi kebiasaan seperti isteri keluar untuk ke pejabat atau menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Maka untuk kategori pertama ini, memadai mendapat izin untuk kali yang pertama daripada suami. Keizinan daripada suami merangkumi setiap kali isteri hendak keluar rumah atas tujuan-tujuan tersebut.

Kedua, keluar rumah yang bukan kebiasaan, seperti menziarahi rakan. Maka hendaklah meminta izin suami.

Ketiga, keluar rumah dalam keadaan terdesak, seperti ke klinik membawa anak yang jatuh bermain basikal. Dalam kes terpencil seperti ini, tidak perlu mendapatkan izin suami jika masa atau keadaan tidak mengizinkan. Namun hendaklah dikhabarkan kepada suami apabila mendapat kelajpangan.

Keempat, keluar rumah untuk tujuan maksiat, seperti menyertai kumpulan rakan-rakan yang dikenali suka bergosip dan menyebarkan aib tentang orang lain. Maka tidak perlu keluar rumah, tidak perlu minta izin suami dan tidak perlu mematuhi meski pun suami mengizinkannya. Contohnya pergi dinner atau gathering yang bercampur lelaki dan perempuan... Tidak jaga batasan aurat dan sebagainya.. Jadi, haram pergi ke majlis seumpama itu.

Sumber: Pesona Pengantin
Sumber: Google images

Isunya jelas... Jika sesuatu yang jadi kebiasaan..cukup sekali kita minta izin... Tapi bagaimana pula jika diluar kebiasaan... Contoh, dalam waktu bekerja kita nak singgah makan atau singgah beli barang... Sedangkan tidak cakap kat suami pun pada malam sebelum pergi kerja tu? Ataupun, waktu senggang dalam tempoh bekerja, kawan ajak kita pergi shopping... Bagaimana hukumnya?

Hukumnya, WAJIB minta izin suami dahulu sebab ianya diluar kebiasaan... Telefon bagitau dan minta izin... Jangan dah keluar, dah sampai baru bagitau... Berdosa jika buat begitu.. Sebab suami kita tahu kebiasaan kita di tempat kerja, tetapi waktu yang sepatutnya ada di tempat kerja kita ditempat lain. 

Ini bertujuan untuk jaga maruah isteri serta elakkan berlaku fitnah.. Jadi, jangan pandang remeh bab minta izin... Alahhh...suami aku sporting... Dia tak kisah punya.. Ohhh.. Jangan fikir macam tu ya... Buruk padahnya... 

Jadi, sama-samalah kita perbaiki diri moga impian kita untuk jadi wanita solehah dipermudahkan dan diberkati Allah...

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. selalu nya samada tak pegi atau pun kalau pegi mana2 sekali pun bgtau suami..malas nak gaduh2 kemudian..

    BalasPadam
  2. Lazimnya PC akan maklumkan pada suami...walau pun sekarang PC dah tak bekerja...walau di rumah sentiasa kalau ada yang wajar minta izin PC akal buat...dah terbiasa masa kerja dulu.

    BalasPadam
  3. Sllunya mmg akan bgtau&minta izin, cuma yg g kerja tu xprnh lg mnta izin kot,huhuu...

    BalasPadam
  4. wow i like this entry! very useful info :D

    BalasPadam
  5. Saya sentiasa mengizinkan isteri keluar asalkan bukan ke tempat-tempat maksiat atau dengan orang yang boleh menimbulkan syak wasangka/ fitnah.

    BalasPadam
  6. minta izin dan memaklumkan adalah dua perkara berbeza

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^