Redakan Demam Anak Dengan Telur Rebus!

Maria Firdz
2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Rawatan pelik, tapi dah ada yang cuba buat dan dengan izin Allah berjaya... Kuasa Allah, siapa tahu kan... Ni satu lagi natural remedy yang memang tak memberi kesan negatif, tapi mudah sangat nak buat kat rumah, hanya dengan telur rebus... 

Rawatan ni bukan untuk anak je, ibu bapa dan orang dewasa yang demam juga boleh cuba buat. 

Caranya:


1. Basuh telur dengan bersih dan rebus hingga masak sepenuhnya.

2. Kupas kulit telur dengan sebaiknya dan jangan sampai pecah.



3. Balut telur menggunakan napkin atau tuala bersih. Ketebalan kain untuk membalut berdasarkan suhu telur.

4. Golek-golekkan telur di seluruh badan anak yang demam terutama di kawasan yang panas. Golek selembut mungkin bagi mengelakkan telur pecah. Berbual dengan anak untuk memastikan dia boleh duduk diam sambil berdoa dalam hati supaya diberikan kesembuhan segera kepada anak.


5. Apabila telur sudah suam, boleh keluarkan daripada kain lapik. Anda akan nampak telur sudah mula menggerutu. Abaikan keadaan telur dan teruskan menggolek sampai telur sejuk (lebih kurang setengah jam proses menggolek telur).

6. Ketepikan telur dan biarkan telur dalam masa 10 hingga 15 minit. Kemudian pecahkan telur putih dengan berhati-hati. Anda akan nampak kuning telur menggerutu.

7. Sekiranya panas badan anak belum reda, boleh ulang lagi langkah-langkah di atas. Untuk kesan yang elok, telur itu makan lama makin kurang gerutunya. Anda boleh buat tiga kali rawatan dalam sehari.

InshaAllah dengan izin Allah SWT, selepas rawatan ini suhu badan anak akan normal kembali. Pastikan anda beri anak banyak minum air masak dan kerap mandikan dia.

Sumber: Majalah PaMa
Gambar: Kredit to Fb Bini Redza

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. pernah dengar pasal petua ni..tapi belum pernah buat dekat anak lagi..biasanya basah kepala dengan air asam jawa je..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !