GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Punca dan Petua Merawat Simpul Biawak/Tarik Bengkarung!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Punca dan Petua Merawat Simpul Biawak/Tarik Bengkarung! | Tengah sedap layan TV, tertiba ter'simpul urat" kata orang, simpul biawak, ada sesetengah tempat panggil tarik bengkarung... Pernah kena, dan boleh tahan la sakitnya tu kan... 

Punca dan Petua Merawat Simpul Biawak/Tarik Bengkarung!
Google images

Punca berlaku simpul biawak/tarik bengkarung

Menurut Dr. Zubaidi Ahmad kekejangan ini selalunya disebabkan keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan. Biasanya ia akan pulih dengan berehat yang akan memulihkan pengaliran darah ke otot berkenaan. 

Sebenarnya berpunca daripada dehidrasi, kekurangan garam mineral, seperti magnesium, potasium, sodium dan karbohidrat. Selain itu keadaan otot yang terlalu tegang serta kekurangan pengaliran darah di bahagian kaki akibat posisi yang tidak betul juga mencetuskan kekejangan.

Cara merawat simpul biawak/tarik bengkarung

Kata Dr. Zubaidi, dalam situasi sedemikian, cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan ialah dengan berdiri dan berjalan bagi merenggangkan otot-otot berkenaan sekali gus darah akan turun ke kaki dan menghilangkan simptom tersebut.

Keadaan berkenaan boleh juga diredakan dengan membengkokkan kaki atau betis ke arah badan.

Urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki.

Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot menyebabkan ia berlarutan.

Sering berlaku kepada wanita hamil

Kekejangan itu turut berlaku kepada wanita-wanita yang hamil apabila otot mengeras disertai rasa sakit pada bahagian yang diserang. Kebiasaannya ia akan berlaku pada trimester kedua iaitu tiga bulan ke atas. Keadaan ini berpunca apabila rahim semakin membesar.

Malah, tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga turut mengganggu perjalanan darah ke bahagian kaki. Wanita yang hamil dinasihatkan tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama. 

Cuba renggangkan otot kaki pada siang hari dan sebelum tidur. Mereka juga dinasihat menggerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah. Selain itu pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya.

Tuaman menggunakan ais juga boleh melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot. Imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukup juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot.

Petua Melegakan Simpul Biawak/Tarik Bengkarung

1. Minum banyak air dan makan kacang bergaram (Pastikan garam ada walaupun sikit dalam makanan anda). 

2. Banyakkan makanan berpotassium tinggi seperti pisang. 

3. Banyakkan minum susu, beras basmathi atau biskut bijan. 

4. Tekan tapak kaki dan picit-picitkan agar cepat lega. 

5. Picit ibu jari kaki sekuat hati untuk 60 saat. (pernah buat yang ni)

6. Picit bahagian pergelangan kaki. 

7. Tarik semua jari kaki. 

8. Sapu minyak panas pada jari kaki dan atas kaki (dekat tulang-tulang kaki). 

Sumber: Utusan Malaysia dan petua melayu lama

5Ulasan

  1. thanks infonya,,,sebenarnya saya slalu kejang time tdur,,huhuh,,

    BalasPadam
  2. singgah sini kejap ye . jom singgah blog shahril pulak . :)

    BalasPadam
  3. selalu jadi time tdo.. time sejuk pun senang nak jadi.. sakit nye la haiii

    BalasPadam
  4. tekan ibu jari kaki sekuat hati slama 60 saat....realiti dia x smpai 8 saat jari tngan dh lmbik..xD

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ