GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kerana Anak Kucing, Dosanya Diampunkan Allah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Inilah rahsia dari Imam Asy-Syibli yang memiliki nama Syeikh Abu Bakr Ibn Dulaf Jahdar. Ia dikenal sebagai ulama sufi yang menghabiskan banyak waktunya untuk menimba ilmu dan berguru kepada ramai ulama di zamannya. Dengan ketaatan yang tinggi dalam hal ibadah, tidak menjamin bahwa seseorang boleh diampunkan dosanya, seperti kisah Asy Syibli, kebaikan yang remeh pun boleh menjadi penolongnya.

Imam Asy-Syibli dikenal juga dengan keistiqomahannya dalam beribadah dan solat serta puasa. Akan tetapi, dari sekian banyak amal ibadah yang dilakukan imam As-Syibli semasa hidup, hanya satu amalan yang menurut orang lain ringan, yang dapat menghapus dosa Asy-Syibli dan berhasil meraih ampunan Allah SWT.

Di dalam kitab Nashoihul ‘Ibad karya Syeikh Imam Nawawi Al Jawi dikisahkan, setelah sekian waktu lamanya Imam Asy-Syibli wafat, ada seorang temannya yang mimpikannya. Dalam mimpinya itu terlihat Imam Asy-Syibli mendapatkan nikmat kubur.

“Wahai Imam Asy-Syibli, apa yang diperbuat Allah kepadamu?”, Tanya temannya itu.

“Allah telah menempatkanku di tempat yang mulia,” jawab Imam Asy-Syibli.

“Tolong beritahu aku amal apa yang engkau perbuat sehingga mendapatkan kemuliaan itu?” pinta temannya.

Imam Asy-Syibli pun bercerita bahawa dirinya pernah ditanya Allah SWT tentang amal yang membuat ampunan datang kepadanya. Imam Asy-Syibli menjawab kalau dirinya telah melakukan amal baik dan ikhlas dalam beribadah. Akan tetapi, jawapan itu disangkal oleh Allah SWT. Imam Asy-Syibli pun terus menjawab amalny yang lain.

“Mungkin kerana ibadah hajiku, puasaku, dan solatku,” kata Imam Asy-Syibli.

Namun semua pernyataan itu ditolak Allah SWT. Imam Asy-Syibli kemudian cuba mengingati semula amal baiknya semasa hidupnya.

“Atau mungkin kerana kesungguhanku mencari ilmu”, tekanya.

Pernyataan itu pun disangkal Allah SWT hingga akhirnya Imam Asy-Syibli menyerah. Ia kemudian berkata,

“Ya Rabbi, semua itu adalah amalanku yang kerananya aku harap Engkau boleh memaafkanku.”

Kemudian Allah SWT berfirman, “Semua itu tidaklah membuat-Ku hendak mengampunimu.”

Imam Asy-Syibli kantas bertanya, “Lalu, kerana apa Engkau berkenan mengampuniku?


Allah SWT berfirman, “Ingatkan Engkau, ketika engkau berjalan di pinggiran kota Baghdad, engkau menemukan seekor anak kucing yang kedinginan dan merapatkan tubuhnya ke sebuah tembok. Kemudian kerana merasa kasihan engkau mengambil anak kucing itu dan memasukkannya ke dalam saku jubahmu agar ia terjaga dari kedinginan?”

“Benar ya Allah, “jawab Asy-Syibli.

Allah berfirman, “Kerana rasa kasihmu pada anak kucing itulah Aku berkenan mengampunimu.”

Imam Asy-Syibli bersyukur telah mendapatkan ampunan Allah SWT. Ia sendiri tidak menyangka jika amal menolong anak kucing itulah yang mengantarkannya mendapatkan kemuliaan dari Allah SWT.

Setelah mendapatkan penjelasan itu, teman Imam Asy-Syibli sedar bahawa amal ibadah yang dilakukan di dunia ini tidak menjadi jaminan mendapatkan ampunan dari Allah SWT. Boleh jadi ampunan itu kerana amalan-amalan lain yang mungkin ringan dan remeh untuk dikerjakan, seperti menolong haiwan dan tumbuhan.

Sumber: Buku Misteri Malam Pertama Di Alam Kubur Penulis Abu Khalid MA.

Jadi, jumpa anak kucing jangan sepak dengan kaki..Jangan pandang jijik walaupun kita penggeli kucing... tapi bantulah dia, berilah sisa makanan kerana dia juga makhluk Allah sama menumpang macam kita juga. 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ