div id='header-inner'>

Tebus Drypers Touch di Drypers Club Malaysia!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sejak tahu pasal penubuhan Drypers Club Malaysia,  MF terus register. Percuma ja... Lagipun anak-anak memang guna Drypers dari anak sulung.. Memang serasi dengan lampin tu kan.. Harga pun tak lah semahal jenama lain... Mampu milik lagi lah kiranya.

Mula daftar, dapat beg ladybird percuma... Dah nak putus dah tali belakang beg tuh... Sebab memang guna beg tu bila pergi jenjalan... Comel dan ringan...

Tak lama lepas tu, baru Mf tahu, boleh kumpul point dari pembelian Drypers... So, belajarlah cara kumpul point tu dari Club tu juga... Adalah caranya.. Tahun lepas mf kumpul dapat la dalam 5 ribu point... Jadi, mf tebus dua telefon mainan... Malangnya, sampailah ke tahun ni tak dapat... Rupanya dapat call dari Drypers dah habis stok.. Jadi, pihak Drypers pulangkan semula point tu ke akaun MF. Jadi sekarang ni ada la dalam 7 ribu point yang memang tak tahu nak buat apa..


Lepas tu tengok ada peluang untuk dapatkan sample Drypers percuma, pun MF request juga... Terutama Drypers Touch..  Drypers Touch ni mahal tau kalau ikut harga pasaran... Jadi, dapat sample percuma pun jadilah kan..

Lepas tiga bulan tebus, baru terima hujung bulan lalu... Dapat la empat keping saiz L untuk si adik... Punya lama tunggu nak dapat, sekarang ni adik dah pakai saiz XL dah pun.. Tapi nasib la saiz L Drypers Touch tu muat untuk dia...

Drypers Touch ni patut la mahal sikit... Memang selesa... Lembut sangat lapisan dalamnya tuh... Memang selesa la untuk bayi... Tapi tu la... Harganya pitam tengok... Lebih dari harga beras kita makan.. Hehe... Apa pun untuk anak, tak kisah bab tu kan.. Sebab kita kerja cari rezeki pun untuk anak-anak, pasti ada je rezeki mereka tu kan...

Seronok juga la join Drypers club tu.. Macam-macam boleh dapat... Tak susah nak kumpul point.. Sebab setiap kali kita beli Drypers ada kod tersembunyi di dalam pek bungkusan Drypers tu.. Isikan kod tu kat akaun Drypers Club yang kita daftar tu...

Tak susah pun... Sambil-sambil dapat barang free... Yang nak register percuma boleh rujuk kat laman web Drypers ye... Percuma saja registernya... Banyak manfaat, dapat barang ilmu pun dapat dari situ... 

Catat Komen

1 Ulasan

  1. akak pun dah tebus drypers touch ni...memang best pakaikan naura..tapi mahal la sikit kan

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)