div id='header-inner'>

Debaran Seorang Ibu Di Kala Musim Peperiksaan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jika rujuk kalender kuda, lagi dua minggu, sekolah bakal bercuti pertengahan tahun... Dan seperti kelazimannya, dan boleh dikatakan keseluruhan sekolah di Malaysia ni tengah menghadapi musim peperiksaan.

Dari sekolah tadika hingga ke menengah memang tengah senyap sunyi sepi sebab minggu peperiksaan.

Seminggu sebelum peperiksaan cikgu berdebar dan berperang membuat soalan... Bila habis peperiksaan, cikgu pula berperang menanda kertas jawapan yang memeningkan...

Tapi cabaran itu taj sehebat cabaran dan debaran hati seorang ibu atau bapa... Lebih berdebar rupanya bila anak sendiri nak ambil periksa.

Fuhh.. Pertama kali dan pengalaman pertama rasainya tahun ni.. Memandangkan tahun ini tahun pertama anak bersekolah... Jadi, pengalaman baru...merasainya.

Jadual peperiksaan si kakak... Maknye yang debar lebih..

Bila suami dapat whatsapp dari group guru dan ibu bapa dari sekolah si anak belajar tentang jadual periksa, terus rasa debar lain macam...

Haishhh... Tak pernah rasa macam ni.. Agaknya inilah apa yang mak bapa aku dulu rasa...kataku di dalam hati...

Dan MF rasa, inilah juga perasaan ibu bapa lain rasa setiap kali musim peperiksaan menjelangkan... Huii... Debar seorang cikgu sebab anak murid nak periksa lain... Debaran ibu kepada anak sendiri yang nak ambil periksa pun lain..

Macam-macam fikir tuh.. Dah plan Macam-macam nak buat sebagai persediaan anak nak periksa ni... Kalau tanya si anak memang tak rasa apa... Sebab usia 5 tahun apa la sangat dia tahu melainkan dunia permainan yang menarik... Jadi kita sebagai ibu bapa kena ambil peranan.

Apa peranan ibu bapa tatkala anak nak ambil periksa???

MF tak pandai mana, tapi MF boleh kongsikan amalan kebiasaan yang mak bapa MF buat bila anak nak periksa.

- Sokongan moral
- Jaga pemakanan
- Jaga emosi
- Solat hajat
- Doa dan Yassin

Ni antara lima amalan mudah tatkala anak nak ambil periksa.

Risau tu ada juga bila si kakak ni nak periksa..  tapi kena yakinkan si kakak yang kakak boleh... Insha Allah... Kakak boleh buat yang terbaik... Tapi mf tak target dia cemerlang.. Cukuplah dia faham dan boleh ingat apa yang dia belajar... Jadi peperiksaan ni sebagai ujian dengan apa yang dia belajar di sekolah... Dari situ kita dapat lihat perkembangan dia..  Jika masih kurang, ibu bapa perlu lebih mainkan peranan bukan harapkan guru semata-mata...  Mf ajar juga... Tapi biasalah pasti tak lama mana... Asalkan dia dapat walaupun sedikit dari tak dapat langsung kan...

Fuh.. Debar kakak nak periksa... Ummi pula yang terlebih rasa..  

Catat Komen

3 Ulasan

  1. haha..ena bakalan rasa juga camni MF. next year anak masuk sekolah

    BalasPadam
  2. Betul tu...mak ni yang terover risau. Anak-anak steady je...macam takde apa-apa.
    Saya anak yang sulong tekdelah risau sangat sebab dah darjah 4...yang anak no.2 ni baru darjah 1, risaunya semacam...sebab membaca pun masih lagi merangkak-rangkak..faham ke idak soalan peperiksaan tu.

    BalasPadam
  3. minggu ni hingga minggu depan anak2 dara aida exam.
    memang stress :(
    tapi anak2 dara berdua tu releks ajer hmmmm...
    sape yg nak peksa ni?

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)