div id='header-inner'>

1001 Khasiat Delima Yang Patut Kita Tahu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Buah delima kaya dengan pelbagai nutrisi semulajadi yang sangat baik untuk kesihatan luaran dan dalaman tubuh badan. Antaranya:-

  1. Mempunyai kandungan anti oksida yang lebih tinggi daripada beri asai (acai berry) ataupun teh hijau.
  2. Mempunyai kadar Vitamin C yang tinggi, dalam 100ml mengadungi 16 peratus kadar keperluan harian seseorang.
  3. Mempunyai kadar Vitamin K yang tinggi, dimana boleh membantu kesihatan tulang.
  4. Mngandungi Vitamin B yang mana boleh membantu badan memproses protein, karbohidrat dan lemak.
  5. Mengandungi manganese untuk membantu perbentukan struktur tulang semasa proses metabolik dan potasium yang boleh mengkalkan fungsi selular dan mengawal kadar bendalir dalam badan.
  6. Mengandungi kadar fosforus, magnesium, kalsium, zink dan zat besi yang tinggi. 
  7. Kandungan lemak dan kolestrol dalam buah ini sangat sedikit.
  8. Hanya mempunyai 130-150 kalori, yang mana 105 kalori tersebut daripada biji (kita kebiasaannya tak makan biji tersebut).
  9. Mempunyai kadar kalori sedemikian kerana mengadungi minyak tidak tepu, gula dan karbohidrat. 
  10. Mengandungi serat dan protein.

Buah delima sudah digunakan dalam bidang perubatan di Timur Tengah sejak dahulu lagi. Pada masa itu, ia digunakan sebagai tonik untuk menyembuhkan penyakit ringan seperti ulser dan cirit-birit.

Jus buah delima mengandungi anti oksida seperti anthocyanin dan asid ellagik, gallic acids, dan flavanoids seperti quercetin yang mana boleh melindungi daripada kencing manis (diabetes), sakit jantung, osteoarthritis dan beberapa jenis kanser yang lain.

Khasiat Buah Delima Dari Sudut Kecantikan

Pengembalikan sel Buah delima boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong perbentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhkan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.

Minyak dalam biji buah delima juga memainkan peranan dalam menguatkan dan membantu lapisan epidermis kulit. Hal ini kerana bijinya juga mengandungi kadar nutrisi yang tinggi.

Melindungi Daripada Cahaya Matahari. Buah delima dapat melindungi kulit daripada sun burn dan merawat sebarang masalah kulit disebabkan terlalu kerap terdedah dengan cahaya matahari. Tambahan lagi, ia boleh melindungi kulit daripada radikal bebas matahari, yang boleb menyebabkan kanser. Minyak dalam buah delima mempunyai anti oksida yang boleh membantut perbentukan tumor dan barah kulit.

Lambatkan Proses Penuaan. Pemakanan buah delima boleh mengelakkan daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.

Mengekalkan Awet Muda. Buah delima mempunyai kandungan yang boleh melembutkan kulit dan wajah serta menghasilkan elastin dan kolagen tambahan yang boleh mengembalikan keanjalan kulit.

Memulihkan Kulit Yang Kering. Buah delima ada kalanya diekstrakkan dalam produk-produk kecantikan kerana ia mempunyai struktur molekul yang boleh masuk ke dalam lapisan kulit dan memberikan kelembapan tambahan.

Buah delima mengandungi punicic acid, satu bentuk omega 3 yang mengekalkan tahap kelembapan pada kulit.

Merawat Muka Berminyak dan Berjerawat. Buah delima sangat berguna kepada kulit yang berminyak dan berjerawat juga. Sapukan perahan buah delima pada permukaan kulit yang terjejas boleh mengurangkan perbentukan serum dan mengawal perbentukan jerawat. Tambahan lagi, buah ini juga boleh mengurangkan kesan parut disebabkan jerawat.

Buah Delima Sebagai Face Mask. Campurkan 1 sudu teh powdered green papaya, grape seed oil, dan grape seed extract dengan 2 sudu teh perahan delima. Kemudian sapukan pada muka. Biarkannya selama sejam dan bilas dengan air yang bersih.

Merawat Keguguran Rambut. Minum jus delima secara berkala boleh menguatkan akar rambut. Hal ini boleh mengelakkan masalah keguguran rambut, lantas memberikan anda rambut yang sihat.


Khasiat Buah Delima Dari Sudut Kesihatan

Menghilangkan Radikal Bebas. Delima mengandungi kadar anti oksida yang tinggi seperti hydrolysable tannis dan polyphenols yang mana boleh mengurangkan kesan radikal bebas dalam badan.

Melindungi Kesihatan Jantung. Delima membantu membuang plak pada saluran darah dan membuatkan arteri lebih fleksibel. Dengan ini, dapat mengurangkan masalah saluran darah. Pada masa mengurangkan risiko artherosclerosis, iaitu punca utama masalah jantung. Bapa MF amalkan pati delima setiap hari, untuk mengurangkan kolestrol dalam darah dan alhamdulillah, lebih sihat dan kuat jantungnya...disamping jaga pemakanan yang lain. Jadi, pati delima baik sebagai supplement harian untuk pesakit jantung.

Pengambilan jus buah delima boleh mengurangkan tahap kolestrol buruk (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL), yang mana boleh meningkatkan tahap kesihatan jantung dan mengurangkan risiko masalah kardiovaskular (jantung). MF nak konsisten amalkan beri pati delima untuk suami sebab suami mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah. 

Melawan Kanser. Buah delima mengandungi anti oksida yang mana sangat efektif dalam melawan beberapa jenis kanser, termasuklah kanser payu dara, prostat dan kulit. Selain itu, anti oksida juga memainkan peranan untuk melawan sesetengah penyakit yang lain.

Bahan anti oksida akan menyebabkan perbentukan sel darah merah untuk menyahtoksinkan badan dan membentuk sistem daya tahan badan lebih baik.

Delima juga dipercayai boleh memberikan apoptosis, satu proses di mana sel itu akan memusnahkan diri sendiri. Pengambilan segelas jus delima setiap hari boleh membantut perbentukan sel kanser dalam kanser prostat. Tambahan lagi, ia juga boleh menghalang aromatase, satu enzim yang memainkan peranan yang penting dalam perbentukan kanser payu dara.

Membantu Sistem Penghadaman. Delima membantu sistem badan mengeluarkan enzim dengan sifat anti-bakteria yang boleb membantu sistem penghadaman dan melawan pelbagai penyakit makanan yang dimakan. Buah delima juga boleh merawat sembelit.

Cara pengambilannya adalah dengan mencampur 1 sudu teh madu dan 1 sudu teh perahan/jus buah delima ke dalam satu gelas.

Meningkatkan Selera Makan. Buah delima sangat sesuai untuk kanak-kanak yang tidak mempunyai selera makan. Ibu bapa digalakkan memberikan mereka minum segelas jus delima. Ini boleh membantu mereka untuk lebih berselera untuk makan. Pernah cuba beri pada anak-anak, tapi tak suka pula dia. Nak kena cari jus delima yang lebih sedap agaknya. 

Menyembuhkan Anemia. Anemia merupakan satu masalah kesihatan disebabkan oleh kekurangan sel darah merah dalam badan. Buah delima mempunyai kadar zat besi yang tinggi. Ini boleh meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah, dan lantas menyembuhkan penyakit anemia.

Mengurangkan Inflamasi. Delima mengandungi Vitamin C yang mana merupakan satu bahan anti-inflamasi. Ini boleh membantu mengawal dan mengurangkan penyakit asma, sakit tekat, batuk dan bersin.

Membantu Peredaran Darah. Buah delima juga sering digunakan untuk melegakan masalah darah tersumbat dalam saluran darah. Perkara ini boleh disebabkan oleh sesorang itu tidak mengamalkan pemakanan yang baik dan mungkin juga kerana merokok.

Membantu Mengurangkan Berat Badan. Kajian menunjukkan bahawa buah delima mempunyai khasiat semulajadi yang boleh mencuci badan dari dalam, detox dan membantu pembakaran lemak yang tidak digunakan. Oleh itu, buah delima sangat sesuai dijadikan satu makanan amalan setiap hari bagi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan.

Mengawal Kadar Gula Dalam Darah. Walaupun buah delima mengandungi fruktos, ia tidak meningkatkan kadar gula dalam darah sepertimana buah-buah yang lain. Kajian menunjukkan bahawa tiada peningkatan gula dalam darah bagi pesakit kencing manis yang mengamalkan pemakanan/peminuman buah delima setiap hari selama 2 minggu.

Mengawal Tekanan Darah. Buah delima juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Jus buah tersebut boleh mengurangkan inflamasi pada saluran darah bagi pesakit masalah jantung. Ia merupakan aspirin semula jadi, yang mana boleh mengelakkan perbentukan gumpalan darah.

Menghalang Perbentukan Plak. Jus buah delima boleh digunakan sebagai pembersih mulut, seperti mana yang dijual komersial di luar sana. Beberapa kandungan dalam buah tersebut mempunyai sifat anti plak yang tinggi. Boleh ganti listerin macam ni kan.

Kajian menunjukkan bahawa buah delima boleh mengurangkan plak pada mulut (disebabkan oleh perbentukan organisma) sebanyak 84%.

Khasiat Buah Delima Kepada Lelaki

Mengurangkan Risiko Mati Pucuk. Pemakanan dan peminuman buah delima secara berkala boleh mengurangkan risiko kanser prostat, mati pucuk ataupun atherosclerosis. Kandungan anti oksidanya yang tinggi boleh mengelakkan anda daripada risiko penyakit-penyakit tersebut.

Merawat Kanser Prostat. Kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan buah delima boleh mengurangkan dan dalam beberapa kes boleh menyembuhkan pesakit kanser prostat.

Khasiat Buah Delima Kepada Perempuan

Memberikan Kesihatan Ketika Mengandung. Buah delima mengandungi niacin, asid folik, potassium, kalsium, vitamin c, zat besi dan serat yang tinggi. Kandungan ini boleh mengekalkan tahap kesihatan wanita yang sedang mengandung dan perkembangan bayi.

Sifat buah delima yang anti inflamasi mengekalkan peredaran darah, sangat baik untuk perkembangan fetus bayi. Selain itu, buah delima mempunyai potassiun yang mana boleh mengelakkan kekejangan semasa mengandung. Pengambilan buah delima secara berkala oleh ibu yang mengandung boleh mengurangkan risiko kelahiran tak cukup bulan.

Pengambilan jus delima semasa mengandung boleh mengurangkan kekejangan dan masalah tidur yang biasanya dialami oleh wanita mengandung. Delima juga boleh meningkatkan kadar peredaran darah ke janin, yang mana boleh mengurangkan risiko kerosakan otak.

Buah delima juga antara makanan tambahan terbaik untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap hemoglobin darah ketika mengandung. Tak perlu nak telan pil itu ini, amalkan pengambilan pati delima untuk tingkatkan Hb ketika mengandung. Ini pengalaman sebenar MF... Pernah Hb turun paras 10.3, alhamdulillah selepas amalkan pati delima naik ke paras 12.3.. alhamdulillah dengan izin Allah. 

Mengurangkan Risiko Kanser Payu Dara. Kajian menunjukkan bahawa kandungan ellagitannins dalam buah delima boleh mengelakkan perkembangan sel kanser payu dara.

Kajian Untuk Membuktikan Bahawa Buah Delima Betul-betul Berkhasiat.

1. Kanser Prostat

Satu kajian pada 2006 telah menemui bahawa meminum 227ml jus buah delima setiap hari boleh melambatkan perkembangan kanser prostat lelaki. Namun, walaupun kajian tersebut dilakukan dengan penuh teliti, terdapat beberapa pihak yang tidak bersetuju dan meminta beberapa kajian tambahan untuk menyokong penemuan ini.

2. Arteri yang sempit (Carotid Artery Stenosis)

Satu kajian telah dilakukan pada 2004 tentang pesakit Carotid artery stenosis, mendapati bahawa pengambilan 50ml jus delima setiap hari selama 3 tahun boleh mengurangkan kesan buruk kolestrol kepada arteri sebanyak 50%, dan boleh menghalang perbentukan kolestrol dalam badan. Memang sangat diakui... Kesan kepada bapa MF sendiri.. pernah jalani pembedahan masukkan spring ke dalam saluran arteri jantungnya pada tahun 2010... Alhamdulillah... selepas pembedahan, konsisten amal minum pati delima setiap hari, dua sudu makan sebagai supplement harian... Alhamdulillah.. sekarang dah 6 tahun nampak sihat, dah boleh kayuh basikal ke pekan, buat kerja pertukangan... walaupun tak seaktif dulu, tapi sekurang-kurangnya nampak lebih sihat. Alhamdulillah...dengan izin Allah juga... Moga bapa MF terus diberikan kesihatan yang baik walaupun di hujung usia. 

3. Masalah Jantung

Satu kajian telah dibuat pada 2005 ke atas 45 pesakit yang mempunyai masalah jantung. Mereka diberi minum 238ml jus delima selama 3 bulan dan hasilnya sangat memberansangkan. Peredaran darah mereka semakin baik dan risiko sakit jantung semakin berkurang.

Pantang Larang Untuk Pengamalan Buah Delima

Untuk amalkan pengambilan Jus Delima atau Pati Delima atau Buah Delima, pastikan patuh kepada pantang larang ini. Jika salah amal boleh bagi kesan negatif pula.

1. Jus delima tidak digalakkan diambil oleh orang yang sedang mengalami selesema, batuk, cirit birit ataupun penyakit yang berkaitan.

2. Jus delima mempunyai anti oksida yang boleh merendahkan tekanan darah. Oleh itu, sekiranya sedang mengambil ubat tekanan darah dari doktor,  tidak digalakkan untuk meminum jus delima ini. Hal ini kerana berbuat demikian boleh menyebabkan mendapat tekanan darah yang sangat rendah (hypotension).

3. Orang yang mempunyai alahan pada sesetengah tumbuhan dan asma ada kemungkinan mempunyai alahan pada buah ini. Alahan yang biasa adalah muntah, mata berasa gatal dan kesukaran bernafas.

4. Buah delima boleh mengganggu kesan beberapa ubat, terutamanya ubat kolestrol.

Sumber rujukan dan olahan dari: http://www.panduansaya.com/

Buah Delima Juga disebut dalam beberapa ayat al-Quran dan hadis... Jadi sudah pasti ini membuktikan buah delima memang mempunyai pelbagai khasiat untuk manusia. 

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-An’am ayat 141 yang bermaksud:
Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang bersusun dan kebun-kebun yang tidak bersusun, pokok kurma, tanaman-tanaman yang berlainan rasanya, pokok zaitun, dan pokok delima yang serupa atau yang tidak serupa. Makanlah buahnya jika telah berbuah dan bayarlah zakatnya di hari kalian memetiknya. Dan janganlah kalian melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas . (Al-An’am : 141)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima dari syurga. (Diriwayatkan oleh Al-Dzabi)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Makanlah buah delima dengan isinya, kerana ia dapat mencuci penghadaman.(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Nak dapatkan buah delima agak susah, jadi ambil inisiatif amalkan pati delima gulsan. Pati delima ni berbeza dari jus... Jus delima mungkin dicampur dengan gula dan ada yang tidak. Tapi pati delima ni, betul-betul perahan buah delima. Memang rasa dan bau buah delima asli serta rasanya yang sedikit masam. Harganya pun murah dan senang didapati di kebanyakan kiosk dan toko jamu dan kesihatan. Cuma, sekarang ni kurang konsisten. Moga dengan pembacaan, perkongsian ilmu ni, meningkatkan motivasi diri sendiri untuk lebih konsisten amalkan makan pati delima. Nak lebih baik, memang amalkan buahnya tu kan.. Tapi kena ikut musim dan tempat tertentu, jadi amalkan yang mana kita rasa boleh amal. Selebihnya doa dan tawakal kerana semuanya dengan izin Allah jua. 

Catat Komen

3 Ulasan

  1. PC amalkan juga Jus Pati Delima Gulsan ni cikgu MF..

    BalasPadam
  2. saya pun ambiil pati delima..tapi jenama lain bukan gulsan la..sedap pun sedap..heheh

    BalasPadam
  3. saya suka makan delima ni..sedapp... manis. tp mahal hahaha sebab yang besar tu

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)