Belajarlah Hormati Pendapat Orang Lain!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Berbalah demi mempertahankan pendapat masing-masing... Sehingga ada yang putus silaturahim...

Perbezaan pendapat itu biasa... Bahkan ada beberapa potongan ayat Al-Quran yang menyebut tentang perbezaan pendapat ini.

Allah SWT menjelaskan walaupun perbezaan itu berlaku dan berterusan, akan tetapi orang yang Allah rahmati ialah yang tidak berselisihan dan tidak pula berpecah-belah. Firman-Nya dalam Surah Hud ayat 118-119 yang bermaksud: "Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahanam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)."



Hormati pendapat orang lain walaupun pendapat kita tak sama dengan yang lain. Setiap orang ada pendapat masing-masing. MF sendiri pun kalau kupas isu semasa atau viral media sosial... MF akan baca semua dulu... Kaji dan selidik apa yang diperdebatkan. Kemudian MF berikan kupasan ikut pembacaan, pengalaman dan pemahaman MF di blog. MF tak suka nak komen di blog atau post orang lain. 

Jika tak setuju, MF ambil pendekatan diam saja.. Jika dulu, MF membidas juga..sekarang ni malas dah nak membalas.. Biarlah itu pendapat dan pandangan dia.. Setiap orang ada pandangan yang berbeza ikut kefahaman masing-masing. 

Jadi, buat apa nak bertegang urat semata-mata nak tegakkan pendapat kita. Belajarlah hormat pendapat orang lain. Ulama' dulu pun ada pendapat berbeza jika berlaku isu tertentu dan bab nak tentukan hukum.kalau tak tak kan ada la 4 mazhab fiqh yang kita pegang sekarang ni.

Dalam perbezaan pendapat, Para ulama dan sarjana Islam menggariskan beberapa adab dan etika. Antaranya, tidak fanatik (ta'assub), tidak berkelompok (tahazzub), perlu menghormati orang lain, tidak membidas (jarh) pembuat dengan bidasan yang keras, perlu meredakan punca-punca perbezaan, perlu mengutamakan ukhuwah dan silaturrahim. 

Perbezaan pendapat itu bagus... Kita bertambah ilmu jika dipandang dari sudut positif. Hargailah.. Jangan sebab tak sependapat kita unfriend orang lain.. Kita buang kawan.. Itu tindakan orang tak matang dan boleh mengurangkan rezeki... Kerana orang yang menyambung silaturrahim dan menjaganya dengan baik..insha Allah, Allah akan lapangkan rezekinya... 

Rasulullah S.a.w bersabda:
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
“Sesiapa yang mahu dimudahkan rezekinya dan ditambah umurnya maka hendaklah dia menyambungkan hubungan rahim.” (Shahih al-Bukhari, 2067. Shahih Muslim, no. 2557)

Rasulullah s.a.w bersabda:
فَإِنَّ صِلَةَ الرَّحِمِ مَحَبَّةٌ فِي الأَهْلِ، مَثْرَاةٌ فِي المَالِ، مَنْسَأَةٌ فِي الأَثَرِ

“Bahawa sesungguhnya silaturrahim itu adalah mahabbah (saling mencintai) di dalam keluarga, ia menambahkan harta, ia memanjangkan usia.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 1979)

Kata ‘Abdullah B. ‘Umar r.a:
مَنِ اتَّقَى رَبَّهُ، وَوَصَلَ رَحِمَهُ، نُسّىءَ فِي أَجَلِه وَثَرَى مَالَهُ، وَأَحَبَّهُ أَهْلُهُ

“Siapa yang bertaqwa kepada Rabb-nya dan menyambung silaturrahim, nescaya umurnya akan dipanjangkan dan hartanya akan ditambah-banyakkan serta keluarganya akan mencintainya.” (Al-Adabul Mufrad, no. 58)

Kesimpulannya, jaga silaturrahim walaupun berbeza pendapat. Hormati pendapat orang lain..insha Allah orang lain pun hormat kita juga... 
Maria Firdz

Maria Firdz: Teacher, Housewife to Mr.Firdz, Mom to 3 daughters and 1 son | Lifestyle blogger, Like to sharing everything and usefull info to all of you.For any collaboration please email: myfirdaussy@gmail.com

3 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. singgah sini kejap ye . jom singgah blog shahril pulak . :)

    BalasPadam
  2. Ego orang yang tak nak dengar pendapat org lain.

    kadg2 wawa pun macam tu jugak.. nak menang.. hehe

    BalasPadam
Catat Komen
Lebih baharu Lebih lama

Middle Article Ad-1