div id='header-inner'>

Adab-adab Wanita Bekerjaya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Majoriti wanita sekarang ada karier...
Kerana hidup yang makin mencabar dan kos yang meningkat, tambah pula wanita sekarang ramai berpelajaran tinggi... Jadi, majoriti Bekerjaya...

Peringatan dan pesanan buat wanita bekerja tak kira la isteri orang atau anak dara orang...
Sebagai wanita yang memang dalam IC tertulis perkataan ISLAM, marilah kita sama-sama jaga adab-adab ini...



- Memelihara MARUAH
Jaga maruah wanita. Jangan terlalu murah

- Memelihara AURAT
Ramai yang tak ambil kisah bab aurat.. Tak tahu la nak kata apa... Suami pun kebanyakan dah tak kisah dah... Hmm... Apa pun beringatlah.. Aurat tu maruah... Jika maruah kita sebagai isteri, wanita dan Muslim itu ada.. Jagalah...

- Menjaga PERGAULAN
Jaga pergaulan... Jangan terlalu bebas bergurau berinteraksi dengan lelaki/wanita sekerja yang bukan mahram... Kerana ia akan menimbulkan fitnah... Walaupun dalam kalangan rakan yang ramai..bukan berduaan..tetap kena jaga...

- Tidak abaikan tugas ISTERI/IBU
Kerja kerja juga... Tugas sebagai isteri dan ibu tetap sama... Wajib dilaksanakan di rumah... Jika status dan jawatan besar di tempat kerja, balik rumah..kita tetap dibawah tanggungjawab suami..wajib taat kepada suami... Dan wajib tunaikan hak anak.

- Mendapat keizinan SUAMI
Ini peringatan buat wanita yang ada ijazah, sijil dan sebagainya... Jika suami mampu sara hidup isteri dan lebih dari mampu... Dan suami minta jadi suri rumahtangga sepenuhnya.. Maka wajib taat.. Haram kerja jika suami tak redha dan tak izinkan.. Sangat mulia wanita yang jadi suri rumah ni... Kerana wanita suri rumah ni dapat sembunyikan auratnya... Selain tu, wanita sekarang kerja juga dirumah, buat bisnes sampingan pun wajib dengan izin suami... kalau suami tak izinkan jangan nak memandai buat ye... 


- Mencari kerja yang SESUAI
Cari kerja yang bersesuaian dengan fitrah kita sebagai wanita... Yang patuh syarak dan dapat lakukan ibadah ketika Bekerjaya.

- Menjaga ibadah WAJIB/SUNAT
Kerja tapi solat fardu jangan tinggal...  Jika kerjaya tu menyebabkan kita tak dapat nak solat, puasa, tutup aurat dengan sempurna... Baik tinggalkan...


Inilah antara adab-adab wanita Bekerjaya yang wajib kita patuhi... Apa guna duit banyak kerja bagus, tapi kita tak jaga adab-adab ni semua.. Dari mana nak datang keberkatan dan keredhaan Allah jika adab yang mudah macam ni pun kita tak jaga kan...

Renungkanlah... Adakah kita jaga adab ni semua wahai para isteri yang bekerja??
Jika jaga, Alhamdulillah... Jika tidak dan masih ada lopong sana sini.. Perbaikilah sebelum terlambat... Ingat.. Redha Allah. Itu amat penting untuk bahagia di dunia atau akhirat.

Catat Komen

2 Ulasan

  1. Terima kasih atas peringatan..
    Semoha jadi amalan untuk kita wanita bekerjaya ;)

    BalasPadam
  2. in shaa Allah :)
    tq for this reminder.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)