GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Patut Atau Tidak Suami Pantau Facebook, Blog dan Akaun Sosial Isteri!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Patut Atau Tidak Suami Pantau Facebook, Blog dan Akaun Sosial Isteri

Patut atau tidak??? Ok.. Renungkanlah kisah benar ini...

Setiap masa, dia rasa tidak keruan dan cemburu membuak-buak membuatkan Azman Fadil, 33, (bukan nama sebenar) sering memeriksa akaun Facebook isterinya, malah sanggup pula membuang rakan-rakan yang tidak `direstuinya’.

Sikapnya yang melampau itu membuatkan isterinya, Zana Ibrahim, 26, (bukan nama sebenar) tertekan namun semakin menerima keadaan kerana enggan bergaduh dengan suami sendiri gara-gara laman media sosial yang menjadi perhatian ramai ketika ini.

Zana akui, suaminya memang kuat cemburu dan memeriksa akaun Facebook miliknya pada setiap masa termasuk waktu tengah malam dan pagi, bagi memastikan tiada `hubungan songsang’ berlaku antara isterinya dengan mana-mana lelaki lain.

“Suami menyoal sekiranya dia sangsi mana-mana perkara yang tidak berkenan di hatinya malah ramai kawan lelaki yang ada dalam senarai rakan Facebook saya dibuangnya.

“Mulanya saya rasa agak tertekan tetapi saya malas hendak memikirkan perkara itu dan sekarang, saya mengambil pendekatan tidak kisah. Saya biarkan saja dia membuat pemeriksaan sesuka hatinya,” katanya.

Menurut Zana, dia pernah bergaduh besar dengan suaminya kerana merasakan diri tidak dipercayai, namun disebabkan tidak mahu hubungan mereka berantakan, dia mengambil sikap berdiam diri.

Malah, Azman turut membuka laman Facebook isterinya pada telefon bimbitnya setiap masa bagi memantau mesej keluar masuk dan mana-mana lelaki yang ingin menjadi rakan isterinya di laman sosial popular itu.

Setiap permintaan daripada lelaki untuk menjadi rakan Facebook isterinya akan disekat dan dibuang, biarpun ada antara mereka rakan di pejabat atau ketika di universiti.

Kata laluan untuk laman Facebook Zana memang diketahui Azman dan sekiranya wanita itu menukar kata laluan, ia boleh menyebabkan perang besar antara mereka.

“Mungkin kerana dia terlalu sayangkan saya dan bersikap mahu melindungi, jadi dia bertindak sebegini. Namun kadangkala saya rasa rimas dan mahukan sedikit kebebasan.

“Saya tidak salahkan dia 100 peratus cuma saya pinta diberikan kepercayaan. Saya sayangkan dia dan tidak mungkin akan curang,” katanya.

Zana mengakui ketika masih belum berkahwin, dia tidak berhijab dan selepas mengenakan tudung litup, suami memintanya membuang semua gambar lama kerana tidak mahu ia dilihat lelaki bukan muhrim.

Namun, permintaan itu tidak dituruti kerana berasa Facebook umpama diari yang menceritakan perjalanan harian seseorang termasuk penghijrahannya kepada wanita yang kini bertudung.

Tidak cukup dengan Facebook, akaun Instagram serta Twitter miliknya juga `diambil alih’ dan dipantau Azman sehingga menyukarkannya menggunakan dua media sosial berkenaan dengan bebas kerana sentiasa dipersoalkan suami.

“Biarpun Azman bersikap terlalu mengongkong dan taksub mengawal semua laman media sosial milik saya, dia seorang yang penyayang dan tidak pernah berkasar pada saya.

“Laman sosial yang ada bukan punca masalah dan sepatutnya memberi faedah kepada semua cuma ia bergantung kepada diri sendiri untuk memahami dan menggunakannya,” katanya.

Sumber:http://www.eserikasih.com/

Pendapat MF, pada masa kini.. Memang patut dan wajib suami pantau segala akaun sosial isteri. Wanita ni memang selalu kena tegur, kena lentur kerana mereka ibarat tulang rusuk yang bengkok.. Kena lentur dengan hikmah dan bijaksana..tak boleh dibiarkan.

SUAMI MF pun begini.. Selalu pantau dan tengok apa sahaja  pergerakan di Facebook dan blog. Termasuk akaun Google PLUS... Mana-mana kawan lelaki, dia akan remove.. Sebab tu MF tak ramai kawan lelaki... Dan sememangnya tak perlu pun ada kawan lelaki terutama kawan di alam maya ni... Cukuplah kawan lelaki yang memang kita pernah kenal sebelum kahwin.. Tu pun biar sekadar kawan.. Mujur juga, MF tak pernah ada kekasih atau bercinta dengan kawan yang pernah MF kenal...

Suami WAJIB pantau.. Jangan biar isteri terlalu bebas bersosial di alam sosial... Jangan ambil mudah dan buat sikap tak endah.. Jangan terlalu letakkan kepercayaan... Tegurlah setiap post atau gambar isteri serta entry yang diupload... Ingat!!! Isteri anda maruah anda!!!!

Hayati 14 tanda lelaki dayus yang disenaraikan oleh Ustaz Zaharuddin ... Lelaki dayus ialah lelaki yang terlalu bebaskan isteri bersosial sehingga merasakan... "Takpe, zaman moden." Bahaya lelaki macam ni.. Kerana inilah lelaki dayus... 

4Ulasan

  1. isteri anda, maruah anda. setuju dgn pendapat MF

    BalasPadam
  2. pada aida, memang dari dulu, asben chief editor blog.
    dia tapis whatever aida da publish.
    words. images. style...
    ada perkara yg asben tak kasik share, ada yg dia ok.
    wajib pantau. sebab kekadang kita ni mungkin over the limit and tak perasan, kan?

    as for fb, aida baru jer fren dgn asben.
    sebab easier utk share pe pe.
    but, asben nasihat, jgn la post status.
    cukup di blog.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ