GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Nama Sebenar vs Nama Samaran di Facebook!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tadi masa tengah melayan TV, tangan melayan smartphone sambil melipat kain... Biasa dah buat kerja lebih dari satu dalam satu-satu masa.... Tangan sotong kata orang... dalam dok scroll wall fb sendiri, sambil mencari idea entry juga sebenarnya... terpandang pula status pasal penggunaan Nama di Laman Sosial...

MF bukan nak membantah, tapi kenapa nak pertikaikan isu remeh macam ni... sebab banyak kali dah isu ni orang perkatakan.. Ada yang isukan pasal gambar profile satu ketika dulu... Isu gini pun boleh buatkan orang gaduh je sebenarnya... Mempertikaikan tindakan orang lain.. sedangkan itu isu dunia je kot.. hal peribadi sendiri...


Apa pun.. Ini pendapat MF berkaitan penggunaan nama sebenar di laman sosial..

Yang mana kenal-kenal la kan.. Tapi nama Maria Firdz ni dah ada sejarah ceritanya dalam blog... Nama aku yang sebenarnya dan kenapa aku guna nama Maria Firdz sebagai nama pena... 
Apa pun ada bahaya juga guna nama penuh siap dengan binti dan siap dengan gambar lagi... Iaitu memudahkan orang buat SIHIR pada kita... Jangan ingat... Semua orang berhati murni kat friendlist kita... Jangan ingat zaman moden takde lagi bab nak sihir menyihir dalam kalangan Masyarakat kita...  
Jadi, kat laman sosial ni perlu fikirkan pelbagai kemungkinan... Memang kita wajib mohon perlindungan dari Allah, tapi wajib juga berusaha untuk jaga keselamatan diri sendiri dan keluarga. Bagi yang berstatus isteri lagilah kena jaga bab nama dan gambar ni... sebab ianya melibatkan maruah kita sebagai isteri... sedangkan kita tahu salah satu tanggungjawab isteri ialah memelihara maruah diri dan juga suami... 
sumber: google images

Apa pun, terpulanglah kepada hak masing-masing.. MF pun banyak kali dah berpesan pada diri sendiri, dan peringatan pada semua orang... 

1Ulasan

  1. husna mmg tak suka letak nama pelik2 nih sebab org yg memanggil tu ibarat mendoa.. jadi letak nama betul je, itupon tak penuh.. bukan tak suka letak nama penuh cuma risau mcm akak kata tu jelaa.. tp bila org tnya nama husna, terkejut diorg nama kemain panjang.. hahaha..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ