GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Tulis Dan Baca Ayat Al-Quran Dalam Tulisan Rumi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hukum Tulis Dan Baca Ayat Al-Quran Dalam Tulisan Rumi |  Jika dulu, al-Quran hanya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Kini al-Quran diterbitkan dalam tulisan rumi. Tujuannya adalah untuk membantu mereka yang tak tahu membaca al-Quran tetapi ingin belajar membaca al-Quran. 

Persoalannya, apa hukum tulis atau baca al-Quran dalam tulisan rumi? 
Boleh ke? Tak berubah ke maksudnya jika sebutannya berubah? 


Soalan: 
Saya musykil apakah hukumnya membaca surah seperti Yasin dan doa yang ditulis rumi? Ada rakan menyatakan bacaan itu tidak sah dan tidak diterima kerana tulisan rumi itu menyebabkan bacaan salah dan menyimpang daripada maksud sebenar.

HUKUM TULIS DAN BACA AYAT AL-QURAN DALAM TULISAN RUMI
Sumber: Google imahes

Jawapan:

Benar, al-Quran hanya boleh dibaca mengikut kaedah bahasa Arab yang sesuai dengan Rasm Uthmani sahaja bagi mengelakkan kesalahan dalam menyebut makhraj huruf dan hukum tajwid kerana kesilapan itu boleh membawa kepada kesalahan makna.

Usaha mempelajari al-Quran adalah fardu ain bagi orang Islam, malah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baiknya kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya” (Riwayat Bukhari).

Bahkan dengan membaca al-Quran, seseorang itu memperoleh pahala dan kebajikan seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka ia akan mendapatkan satu kebajikan dan setiap kebajikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda.” (Riwayat Tirmizi).

Merujuk kepada keputusan fatwa kebangsaan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat Al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf arab atau bukan tulisan Al-Quran.

Berkenaan doa pula, sekiranya tidak mampu untuk berdoa dalam bahasa Arab, maka boleh berdoa dalam bahasa yang anda fahami. Bagaimanapun, sekiranya dapat menghafal doa dalam bahasa Arab dan memahaminya ketika berdoa, perkara itu adalah lebih baik. Waallahua'lam

#HukumBacaAlQuranRumi
#DaieMediaSosialJakim

Pendapat penulis, sekarang sudah ada al-Quran beserta audio pen. Bila disentuh mengeluarkan bunyi... Atau mendengar berulang kali. Dan lebih afdal jika mencari guru untuk belajar al-Quran. 

Usah malu untuk belajar al-Quran walaupun dah lanjut usia. Tapi malulah jika tak reti baca al-Quran sepanjang Allah hidupkan kita. 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ