div id='header-inner'>

Kisah Teladan: Motor Kecil Keluarga Besar

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

KISAH BENAR UNTUK IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK
ANAK TERDIDIK MELALUI DIDIKAN DAN CARA LAYANAN IBU BAPANYA...

BACA DAN HAYATI

Subhanallah...

Sedang kami menikmati juadah di sebuah restoran. Datang sepasang suami isteri dengan dua anak yang masih kecil. Mereka datang dengan motor.

Sebaik sahaja si isteri duduk, dengan anak-anaknya, si suami terus beredar.

Si suami memandang saya sambil mengangkat tangan dan tersenyum. Saya membalasnya dengan turut sama mengangkat tangan.

Sahabat saya hanya membelek telefon pintarnya.

Gambar hiasan

Hampir 15 minit berlalu. Lelaki itu datang sekali lagi dengan membawa 4 orang anak. Sebaik anak-anaknya turun dari motor, si ayah terus beredar.

Kali ini sahabat saya memandang dengan penuh minat.

Sama juga jarak waktunya, tidak sampai 15 minit kemudian. Lelaki itu datang lagi dengan 3 orang anak.

Dan kali ini, meja mereka agak riuh rendah.

"Feroz, anak orang tu 9 orang?" kali ini barulah sahabat saya berminat untuk bertanya.

Saya hanya mengangguk dengan tersenyum.

"Dia ulang alik angkut anak dia dengan motor?"

Saya angguk lagi.

"Engkau kenal mereka?"

Saya angguk lagi.

"Wow, very the powerfull!"

Memang jarang, amat jarang menemui sebuah keluarga yang mempunyai bilangan anak yang ramai, pada hari ini.

Pasangan suami isteri itu melayan segala karenah anak-anak mereka dengan begitu gembira.

Bayangkan, anak remaja mereka dalam lingkungan usia 19 tahun, sehinggalah bayi kecil dalam usia 1 tahun.

Macam-macam perangai. Macam-macam keletah.

Menariknya, si ibu memanggil anak-anaknya dengan panggilan 'sayang.'

Lebih menarik lagi. Si ayah, kerap bangun dan duduk, demi memastikan anak-anak dilayan dengan baik.

Tidak kedengaran langsung suara menjerit, mengherdik mahupun menengking.

Anak-anaknya bukanlah terlalu bersopan, ada juga yang nakal dan ada juga yang manja.

Setelah minuman tiba. Si abang dan kakak menyuapkan adik-adik mereka.

Ramai yang memandang keluarga itu dengan pelbagai persoalan bermain diminda masing-masing.

Sewaktu makanan telah siap terhidang. Si kecil dalam lingkungan usia 6 tahun terus membaca doa.

Doa yang dibacanya agak kuat.

Sebaik doa habis dibaca. Saya pula tergamam.

Pelanggan yang memenuhi restoran itu mengaminkan doa itu.

Si ayah dan si ibu tersenyum dan ketawa kecil.

Keluarga 'besar' ini sungguh menarik perhatian pelanggan yang menjamu selera di restoran itu.

Sebuah keluarga lain, bangun setelah selesai menjamu selera. Mereka melintas di hadapan meja 'keluarga besar' itu. Lalu seorang wanita warga emas bertanya.

"Ini semua anak-anak kamu?"

Si ayah dan si ibu mengangguk.

"Alhamdulillah ..." sambil wanita itu mengusap kepala anak-anak pasangan itu yang masih kecil.

Sesekali, si ayah berbuat jenaka dengan anak-anaknya. "Jangan ketawa, senyum sudah."

Semakin kuat anak-anaknya ketawa.
.
.
Abang Long.
Motor kecil membawa bahagia.

-Kredit : Abang Long-

Sumber: Facebook
====================================

MORAL:

MENDIDIK ANAK DENGAN SABAR, ANAK JUGA AKAN JADI PENYABAR

MENDIDIK DENGAN MARAH, ANAK AKAN JADI PEMARAH

ANAK AKAN IKUT APA YANG IBU BAPANYA BUAT...

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN!

Catat Komen

1 Ulasan

  1. sifat sabar kne tanam dalam diri...
    jd contoh kat anak anak..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)